Monday, August 31, 2009

Lagenda 5


Puteri Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah berkhawin dengan seorang Laksamana Sultan Kedah.Apabila mengetahui negeri Kedah akan diserang oleh tentera siam beliau telah pergi ke darat mempertahankan negeri kedah daripada serangan tentera siam.Selepas kepergian suaminya ...Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati. Rayuan yang telah dibuat oleh ayahandanya tidak dihiraukan oleh pada masa itu.Pada hari hukuman, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih yang membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata. Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama tujuh keturunan.Kebenaran sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan. Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi setelah tujuh keturunan dalam kepayahan.
Itulah coretan ringkas berkenaan Puteri Mahsuri....di Langkawi...mangkat pada 1235 hijrah bersamaan dengan 1819 masihi...masih baru peristiwa ini....Lagenda yang hendak saya tuliskan ialah sebelum kejadian ini...Puteri Mahsuri adalah merupakan salah seorang puteri yang tujuh dari kayangan...ia menyamai seorang puteri dikenali sebagai Dara Putih(bermaksud darah putih)yang makamnya berada di Kota Tinggi...Johor.Puteri Dara Putih juga pernah wujud di Melaka yang makamnya juga terletak ditengah-tengah sawah....seperti di Langkawi.Kalau telah berjumpa dengan keturunannya iaitu yang berada di siam adalah satu kesilapan besar kerana semasa kematiannya ia belum lagi mengandungkan anak dengan suaminya...keturunannya ada di negeri Johor, Melaka dan Pahang..kalau diikutkan dengan keturunannya ia adalah seorang puteri raja kayangan yang memang bersih,baik akhlaknya dan mempunyai ilmu yang tinggi darjatnya di sisi allah...dihantar ke situ untuk memberi berkat kepada penduduk di langkawi supaya hidup masyarakat di situ lebih baik...beginilah sikap orang melayu pada masa itu...suka menabur fitnah...yang boleh mendatangkan kezaliman...pemerintahan yang zalim akan dimusnahkan oleh allah di muka bumi ini...banyak peristiwa dan empayar yang melakukan kezaliman akan dmusnahkan oleh allah...peristiwa itu tidak diambil iktibar oleh penduduk di situ...doa yang dikatakan oleh Puteri Mahsuri telah dikabulkan oleh allah...berlakulah kemusnahan yang besar di pulau Langkawi...kalau diikutkan negeri kedah adalah satu negeri beraja yang maju dan kuat...akibat salah satu pemerintah yang menjalankan kezaliman musnahlah negeri itu..bagi Puteri Mahsuri ia sudah semestinya ditempatkan oleh allah ditempat yang baik oleh allah...amin
Ini adalah coretan ringkas semasa saya dan sahabat saya berada di sana....Tanggal 3.1.2007 saya sampai di Pulau Langkawi...bermalam di sini selama 4 hari...4.1.2007 saya sampai di teratak Mahsuri...sebelum sampai di teratak tersebut saya sampai ke makamnya...hati kecil saya berasa sangat terharu dan sedih apabila sampai dimakamnya...hadiahkan fatihah buatnya...ramai orang yang berkunjung di situ...dengan kamera yang canggih...dan salah seorang daripadanya bewajahkan peranakan merakamkan gambar...saya tak pasti apa gambar yang diambil...setahu saya ke mana saya pergi gambar kami di rakamkan...selepas selepas kami hadiahkan fatihah segalanya telah selesai...kami pun pergi lah keterataknya....melihat gambar yang dipaparkan pada masa itu...kami duduk di dalam teratak tersebut kerana pada masa itu hujan sangat lebat...kami berbual-bual diteratak dengan salah seorang penduduk tempatan di situ....namanya Pok Weh..apa yang diceritakan ia pernah bermimpi dan melihat jasad puteri mahsuri masih diikat dipokok...dan berlumuran darah...yang peliknya darah itu berwarna putih...kami tekun mendengar ceritanya....pengujung silih berganti menaiki teratak itu...dua orang pengujung yang saya rasa pelik sedikit...dua orang perempuan...kami berhenti berkata-kata bila pengunjung itu menaiki teratak tersebut....abang angkat saya menegur gadis tersebut..."itulah gambar mahsuri" jawab gadis tersebut " Ye ke ni gambar mahsuri" sambil ketawa kecil...apa yang pelik wajahgadis itu saling tak tumpah dengan yang ada digambar tersebut...gadis tersebut terus melihat teratak tersebut seperti sudah biasa dengan keadaannya.."Tak nak tidur kat situ"tegur abang angkat saya semasa gadis tersebut ke tempat peraduan...sambil menjeling manis ia menjawab"Tak nak lah...cukuplah masa dulu-dulu" pelik bin ajaib jawapan yang dibuatnya.Pok Weh merasa pelik mendengar jawapannya..saya dan abang angkat saya tersenyumm melihat gelagat gadis tersebut...sebelum keluar dari teratak itu ia sempat berkata-"terima kasih" kami menjawab serentak sama-sama kasih...itulah rentetan peristiwa yang saya alami....dengan wajah yang ceria dan gembira yang ditunjukkan oleh wajah gadis tersebut...membuatkan hati saya turut merasa gembira...allhamdulillah telah terlepaslah belenggu kehidupannya pada masa lampau...banyak misteri telah terjawab oleh saya...biarlah ia menjadi satu memori kehidupan saya...dimuakbumi allah...wassalammu


Coretan Masa Kini

Ini lah gambar tasik Puteri Dayang Bunting...siapa sangka airnya tawar...walaupun air tasik ini dimasuki oleh air laut yang masin pada masa pasang besar...indah dan menawan ciptaan allah yang maha esa...mempunyai cahaya nur kebiruan ...sebagai tanda orang yang mempunyai ilmu allah berada di sini...subahanallah

Gunung Mat Cincang dalam coretan ku di lagenda yang dicoretkan pada masa yang lepas adalah batuan yang berusia beratus-ratus juta tahun...mengikut mitosnya ia merupakan gergasi...dan hampir menepati dalam lagenda yang saya tulis ...iaitu ia merupakan seekor naga...gambar ini menunjukkan kepala seekor naga...batuan yang ditunjukkan dalam gambar ini ialah hasil kajian ahli sains dan dibentangkan pada 2nd Unesco Conference on Geopark in Belfast pada 19 Sept 2006..oleh UKM...





Tuesday, August 25, 2009

Lagenda 4


Puteri Dayang Bunting

Puteri Dayang Bunting adalah salah satu lagenda yang terdapat di Pulau Langkawi.Saya ambil petikan daripada mitos yang terdapat di dalam cerita di Lagenda Langkawi. Petikan adalah seperti ini ....
"Tasik ini adalah salah satu tempat yang menjadi pilihan utama Putri Dayang Sari, seorang puteri dari kayangan, bermain dan mandi. Pada satu hari, seorang putera raja iaitu Putera Teja telah terserampak dengan Putri Dayang Sari yang ketika itu bermain dan mandi ditasik tersebut. Putera Teja terpegun dengan kecantikan yang dimiliki oleh puteri dari kayangan itu dan beliau terus jatuh cinta. Putera Teja cuba memikat Putri Dayang Sari dengan puisi serta lagu-lagu yang indah lagi merdu tetapi tidak berjaya. Oleh kerana usahanya tidak berjaya, beliau telah berjumpa dengan cerdik pandai untuk mendapat nasihat memenangi hati puteri tersebut. Beliau telah disuruh membasuh mukanya dengan airmata puteri duyung. Apabila beliau telah berbuat demikian Putri Dayang Sari telah jatuh cinta dengan kecantikan yang dimilik oleh Putera Teja. Selepas berkahwin, Putri Dayang Sari telah mengandung. Bayi yang dikandungnya itu telah mati ketika dilahirkan dan beliau merasakan parkahwinannya ini adalah merupakan satu tipu helah. Selepas mengkebumikan bayi tersebut didalam tasik ini, Puteri Dayang Sari yang mempunyai penawar kemandulan telah kembali kekayangan dan tidak kembali lagi"
Sebenarnya ...Puteri Dayang Sari salah seorang Puteri yang tujuh di kayangan ...belajar ilmu allah daripada seorang wali allah yang tujuh ...yang tertua daripada tujuh wali allah yang berada di langkawi....hikmat wali allah ini lah yang dikurniakan oleh allah...menjadikan air masin menjadi tawar...dan menjadi penawar bagi berbagai-bagai penyakit...bukan hanya bagi penyakit kemandulan tetapi penyakit-penyakit lain yang boleh menghalang daripada mendapatkan zuriat...alam kayangan telah jatuh kemuka bumi ini apabila lahirnya rasullulah...dikenali sebagai alam ghaib..orang-orang yang berada di sini adalah terdiri daripada manusia biasa seperti kita..kehidupannya lebih baik daripada kita kerana mereka berpegang pada janji..janji tidak boleh dimungkiri...sebenar nya Putera Teja yang memungkiri janji...menjadikan ia tidak dapat melihat puteri itu di alam nyata...Puteri Dayang Sari tetap setia menunggu suaminya....sehinggalah ia wafat bersama-sama dengan zuriatnya.Di sinilah ia dimakamkan...dengan hikmat ilmu allah maka terbentuklah satu batuan yang menunjukkan kepada kita ....pengajaran kepada kita ...jangan memungkiri janji.Dengan tangisan menunggu si suami ,taat pada suami bersemanyam ia di kawasan ini hinggalah tiba di satu hari ....ada seorang hamba allah yang boleh membebaskannya ...menikmati kehidupan seperti biasa.
Rentetan peristiwa pembebasannya boleh diikuti ke langenda seterusnya...wassalam

Wednesday, August 19, 2009

Lagenda 3


Gunung mat cincang adalah satu gunung yang terletak berhampiran dengan Pulau lagenda Langkawi....kedudukannya adalah berhampiran dengan sempadan Thailand. Menurut cerita dari masyarakat tempatan gunung ini di namakan sedemikian rupa kerana bentuk gunungnya yang seolah-olah dicincang-cincang.Pada pengamatan saya pula gunung ini adalah serupa dengan sebuah pulau yang terletak di mersing Johor iaitu Pulau Tioman(salah satu daripada 7 pulau yang tercantik di dunia.Ia ada kaitan dengan salah satu ilmu pertapaan orang-orang melayu beragama hindu pada masa dahulu.Ilmu ini akan menjadikan mereka akan bertukar daripada manusia kepada seekor naga. Pada masa dahulu ada 5 orang yang menuntut ilmu tersebut.Salah seorang ialah yang terletak di kawasan ini iaitu Mat Cincang. Mat cincang adalah seorang yang suka mengganggu saudara-saudara seperguruan yang lain. Ia telah lebih awal keluar dari pertapaan menunjukkan kekuatan dirinya.Kepergiannya dari kawasan pertapaan yang terletak di Indonesia itu dengan tujuan berlawan dengan salah satu saudaranya yang bertapa di Siam. Tiba di kawasan langkawi dengan bala tenteranya yang terdiri daripada buaya-buaya putih ...diikuti dengan halilintar telah menggangu keharmonian kehidupan disekitar Pulau Langkawi. Pada masa itu Pulau Langkawi adalah dijagai oleh oleh 7 pahlawan dari tujuh benua....semuanya adalah para wali allah...telah menyekat kemaraan sang mat cincang dengan sang siam dari berlawan...Dengan menggunakan hikmat ilmu allah yang dimiliki oleh para wali allah itu maka berhentilah pergerakkan kedua-dua naga tersebut daripada berlawan...kalau diperhatikan kepala gunung mat cincang dengan kepala sang siam ia seakan-akan bertemu...cuma perbezaan fizikalnya sahaja yang berbeza.Sang Siam bentuknya adalah lebih kecil berbanding dengan sang Mat cincang.
Kalau diikutkan cerita ini ...orang-orang melayu memang mempunyai kekuatan yang tersendiri...bagi menubuhkan sebuah negeri.Naga adalah kepercayaan orang-orang cina dan oarang-orang jepun...pada hal asal usul naga ini adalah terletak di tanah melayu...kalau lah kita boleh melihat ia semasa dia bergerak alangkah takutnya kita...sebesar itu seekor naga...dengan mengeluarkan api dari mulutnya yang boleh memusnahkan alam sekitar yang diduduki oleh manusia sekitar.Walaubagimanapun roh mereka itu telah dikeluarkan...dan menjadi manusia biasa dan telah di islamkan...mereka sekarang adalah manusia biasa yang berpegang kepada ajaran islam....siapa mereka saya tidak tahu...tapi hiduplah mereka pada masa sekarang menjalankan kehidupan seperti manusia biasa....Tanda mereka keluar bersama-sama dengan 6 pahlawan islam ''...di saksikan oleh saya dan beberapa rakan saya ....siapa yang menjalankan kerja ini adalah satu rahsia dalam perjalanan hidup saya...seorang hamba allah.Banjir besar yang berlaku di negeri Kedah pada tahun 2007 adalah tanda mereka keluar bersama-sama hikmat ilmu yang dipegangnya...auzubilahiminazait....alam juga bergoncang dengan hikmat ilmu allah yang dimiliki oleh para wali allah ini...tinggalah jasad si mat cincang yang ada pada masa sekarang di kenali sebagai Gunung Mat Cincang, Pulau Langkawi...satu kereta kabel telah diletakkan di tengah-tengah badan nya bagi pelancong melihat sekitar Pulau Langkawi...ia juga telah di isytiharkan sebagai geo park...
Jasad Sang Mat Cincang di tinggalkan menjadi satu lagenda di dalam kehidupan pada masa akan datang...bertemu ke lagenda seterusnya

Monday, August 17, 2009

Lagenda 2




                                                                 Syeikh Wali Allah Iskandar Dzulkarnain Syah
Di dalam buku sejarah melayu ada menyebutkan berkenaan Iskandar Dzulkarnain.Persoalannya pernahkah beliau ada datang ke tanah melayu....? Ikuti laman yang saya petik di dalam sejarah melayu ini .....
                 Pada zaman dahulu kala bahawa Raja Iskandar,anak raja Darab,Rom bangsanya Zulkarnain gelarannya hendak melihat matahari terbit.Dalam perjalanan hendak ke negeri matahari terbit berjumpalah baginda dengan sebuah negeri hindi...(kalau diikutkan ialah sebuah negeri yang terletak dinegeri Khasmir yang menjadi perebutan antara India dan Pakistan) yang terlalu besar pemerintahannya . Pemerintahan pada masa itu ialah Seorang Raja Kida Hindi ( pada masa itu kerajaannya masih berpegang teguh pada agama hindu-iaitu pada zaman nabi Allah Ibrahim allaisalam jikalau agama islam pada masa itu)Maka berlakulah peperangan yang hebat diantara tentera Iskandar Dzulkarnain dan tentera Raja Kida Hindi.Di dalam peperangan itu Iskandar Dzulkarnain Syah telah berjaya menawan negeri tersebut.Maka Raja Kida Hindi pun memeluk Islam yang pada masa itu di bawa oleh Nabi Allah Ibrahim .Raja Kida Hindi mempunyai seorang puteri yang elok rupa parasnya,baik akhlaknya...serta berilmu di dunia dan akhirat...yang bernama Puteri Syahrul Bariyah namanya atas kemahuan Raja Kida Hindi hendak dikhawinkan anaknya dengan Iskandar Dzulkarnain.Sebelum berkhawin Raja Kida Hindi mestilah berjumpa dengan moyang Guru Nabi Allah Khaidir(menurut Turjumanul al Quran oleh Maulana Mohd Yusof Ali- Lahor-sebuah negeri di india- Nama nabi allah kidir hanyalah gelarannya-namanya sebenar ialah Balya bin Malkan-seorang nabi yang ada sejak nabi allah Ibrahim-guru kepada nabi allah Daud-yang menjaga 3/4 dunia yang diliputi oleh air-bermakna 3/4 ilmu allah yang dijagai olehnya-mempunyai kaitan dengan Iskandar Dzulkarnain).       
              Maka berkatalah nabi Allah Khidir "Ketahuilah oleh mu wahai Raja Kida Hindi bahawa Raja Kami (pada masa itu ialah Raja sekilian alam) inilah diserahkan Allah Taala kerajaan dunia ini kepada kepadanya dari daksina(utara) ke Paksina ( selatan ).Sekarang anak kamu seorang puteri hendak dikhawinkan dengannya....maka berhubunglah segala anak cucu Raja Iskandar jangan lagi berputusan kiranya hari kiamat...Bagaimanakah kabulkah atau tiadakah( bersetuju atau tidak bersetuju).Maka diringkaskan cerita berkhawinlah mereka berdua dengan adat gemilang di raja.                         
         Selepas berkhawin maka iskandar Dzulkarnain pun meneruskan perjalanan ke negeri matahari terbit. Untuk pergi kenegeri matahari terbit Iskandar Dzulkarnain mestilah melalui tanah melayu. Apa kesan sejarahnya....kita tidak mengetahui ....salah satu ia terletak di aceh...masjid tersebut mengambil sempena namanya...dilangkawi pula ada seketul batu yang usianya berjuta-juta tahun (sekarang dikenali sebagai geo park)berasal dari kutub utara...kalau mengikut cerita dari datuk nenek moyang saya itulah kenderaan Iskandar Dzulkarnain dan beliaulah merupakan salah seorang daripada yang tujuh pahlawan dari tujuh benua.



Monday, August 3, 2009

SAMBUNGAN LAGENDA 1

bersambung...Menurut sami hindu yang kebetulan pada masa itu berada di kaki Gunung Jerai...mereka sedang mencari tapak di mana kuil itu berada...itu apa yang ditulis di dalam salah satu kitab agongnya....saya tidak dapat menamakan kitab tersebut....

Tiada penemuan tapak tersebut oleh segerombolan sami itu....menandakan Islam memang sudah sebati berada di tapak bumi kedah...sehingga kini saya bersyukur pengamalan cara hidup orang-orang Islam masih kuat diamalkan oleh masyarakat di sana.Bersyukur juga saya dengan kedatangan pendakwah islam yang berjaya mengislamkan masyarakat di sana.....subahanalah

Sunday, August 2, 2009