Wednesday, September 11, 2019
Monday, December 7, 2009
Lagenda 15 - Sinopsis 1- Seri Gummum dan Seri Pahang
Sudah lama tidak menulis di dalam blog ini...mungkin beberapa peristiwa yang berlaku di sekilling diriku..dan beberapa tugas yang perlu diselesaikan...ada ke lapangan dapat aku coretkan beberapa sinopsis cerita Sang Naga...
Seri Gummum dan Seri Pahang yang mengamalkan ilmu pertapaan ...ilmu yang berasal dari agama hindu....yang dianuti oleh sesetengah masyarakat melayu...sebelum kedatangan Islam. Kalau saya seorang ahli arkeologi sudah tentulah saya akan pergi ke Teluk Cempedak untuk mengkaji ada beberapa tulisan bahasa sanskrit ditulis pada batu-batu di sepanjang pantai teluk Cempedak. Apa yang memeranjatkan saya di antara banyak batu-batu itu ada di tulis kalimah allah dan Muhamad....tertanya-tanya saya di dalam hati kenapa lah ahli sejarah negara kita tidak mengkaji kewujudan sebuah empayar di sini....pada hal ada bukti dari bahasa-bahasa yang ditulis di sini dan masih kekal. Menurut yang empunya cerita di sinilah letaknya kepala Seri Gummum dan kalimah allah dan muhammad itulah pengunci supaya ia tidak wujud di muka bumi yang nyata...kalau ia wujud sudah tentulah ia membawa kebinasaan yang tidak terhingga kepada mukabumi Pahang.Itulah kelebihan orang yang memiliki ilmu allah....ilmu Islam dari zaman nabi Muhamad hingga sekarang....bermakna orang melayu telah mengamalkan ilmu Islam dari dahulu lagi...dan menghapuskan ilmu-ilmu hindu ini. Menurut yang empunya cerita Seri Pahang yang menjadi Pulau Tioman juga pernah di kaji oleh pendatang-pendatang dari Jepun dan juga bangsa Inggeris. Bagi bangsa Inggeris pula ia menganggap orang Melayu adalah merupakan satu bangsa yang mundur atau menganggap orang Melayu pada masa itu bertaraf orang asli ....yang pada masa itu tidak mengetahui apa-apa....pada hal banyak kapal-kapal Inggeris yang telah karam diperairan Pulau Tioman....anggapannya boleh kita lihat dari Wikipedia Chini Lake....
Begitulah anggapan bangsa asing pada kita orang melayu....pada hal mereka sebenarnya takut tentang kewujudan mereka dan mereka menyatakan ia adalah satu mistik atau lagenda sahaja....kerana tidak dapat dibuktikan secara saintifik..

The lake offers tranquil and peaceful surroundings steeped in myths and legends that have remained unexplained to this day. According to an Orang Asli legend, the lake is inhabited by a dragon called the Naga Seri Gumum (sometimes referred to as "Malaysia's Loch Ness Monster"). It is believed to contain an ancient sunken Khmer city at the bottom of the lake.
Friday, October 23, 2009
Lagenda 14 - Sultan Pahang Meminta Jasa Baik Laksamana Hang Tuah
Berita kematian Seri Pahang telah diketahui umum.....selepas mengadakan kenduri doa selamat penuh adat istiadat di raja ....maka Sultan Pahang memanggil pembesar-pembesar negeri....membincangkan hal kedudukan Seri Pahang dan Seri Gummum.Perbincangan itu penting bagi membincangkan Seri Gummum....yang masih bertapa di tasik Cini. Sultan Pahang berasa amat gusar sekiranya Seri Gummum akan keluar....dan ia boleh membawa kemusnahan yang lebih besar lagi....kerana menurut yang empunya cerita...kebesaran Seri Gummum adalah ....seperti ini...bahagian kepalanya adalah terletak di Teluk Cempedak....bahagian badannya pula memanjang sehingga lah ke tasik Cini....manakala bahagian ekornya pula hingga ke negeri asal Pahang iaitu di kota Tellanggi....itulah yang mengusarkan Sultan Pahang.....sekiranya Seri Gummum keluar dari kawasan pertapaannya.
Setelah berbincang dengan pembesar-pembesar negeri ....maka mereka telah mengambil keputusan meminta jasa baik Laksamana Hang Tuah membantunya dalam mengatasi masalah tersebut....ini pada pendapat pembesar-pembesar negeri Laksamana Hang Tuah sahaja yang boleh ...yang mempunyai ilmu allah....pewaris ilmu allah yang dimiliki oleh Iskandar Dzulkarnain. Maka Sultan Pahang memberi utusan kepada Sultan Melaka supaya membenarkan Laksamana Hang Tuah membantu kerajaan negeri Pahang. Apabila utusan sampai ke negeri Melaka maka Sultan Melaka menintahkan kepada Laksamana Hang Tuah untuk pergi ke Pahang membantu kerajaan di sana.
Laksamana Hang Tuah pun menjalankan tugasnya....sebagaimana Yaajuj dan makjuj di tutupi oleh Iskandar Dzulkarnain....begitulah juga yang dilakukkan oleh Laksamana Hang Tuah. Timbullah beberapa daratan seperti pulau-pulau kecil di atas badan Seri Gummum....tidak bergeraklah Seri Gummum di situ....sehinggalah pada masa yang tertentu.Seri Gummum yang masih bertapa di situ meneruskan pertapaannya sehingga lah ia bersisik emas....pertapaannya yang sudah bersisik emas tamat barulah ia boleh keluar....itulah perjanjiannya dengan Laksamana Hang Tuah.Sebagai tanda yang Laksamana Hang Tuah telah menjalankan tugasnya ia telah menyerahkan sekeping kupang besi (salah satu sisik di badan Seri Gummum yang masih bersisik besi)....sebesar dulang sebagai tanda kepada Sultan Pahang....yang Laksamana Hang Tuah telah menjalankan tugasnya. Sehingga sekarang sisik itu masih berada dalam simpanan Sultan Pahang yang ada sekarang.

Bilakah Seri Gummum keluar?kalau diikutkan pertapaannya sudah matang ...iaitu telah bersisik emas.Apa yang saya dapati dari yang empunya cerita....sewaktu banjir besar yang berlaku di negeri Pahang Johor dan Melaka ....waktu itulah Seri Gummum keluar....akan tetapi ia tidak membawa jasad nya. Jasadnya kekal di muka bumi Pahang sehinggalah sekarang. Pada masa gelombang banjir besar yang berlaku....Seri Gummum bergerak dengan hikmatnya....dan banjir yang berlaku yang bermula di Pahang di bawa ke segamat....ke batu pahat dan seterusnya di kota tinggi...semua laluan Seri Gummum akan diliputi oleh air yang melimpah-limpah...sebagaimana Seri Pahang keluar begitulah banjir yang berlaku di ketiga-tiga negeri ini. Pada gelombang kedua banjir yang berlaku di kota tinggi adalah sangat besar. Ini adalah disebabkan pertemuan tiga ekor naga....bertemu dimakam tujuh...antara Seri Pahang ...Seri Gummum dan Seri Daik.Benar atau tidak itulah cerita yang saya dapati dari seseorang yang arif tentang pergerakan mereka. Wallahualam....
Inilah gambar tasik Chini yang indah menawan....siapa sangka di dasarnya tersimpan jasad seekor naga....yang sekarang ini sudah bersisik emas. Siapa sangka di sinilah seorang yang hendakkan ilmu menjadi kuat....sanggup bertapa di sini...bagi mencapai matlamatnya. Di sinilah lagendanya Seri Pahang dan Seri Gummum bertapa menjadi seekor naga....

Sunday, October 18, 2009
Lagenda 13-Pulau Tioman itu adalah Seri Pahang
Setelah melihat Seri Kemboja tidak keluar-keluar dari tempat persembunyiannya...Seri Pahang pun beredar dari situ dengan pengawal-pengawalnya ....beredar untuk ketempat pertapaannya....di dalam keadaan cedera parah.Dalam perjalanan pulang Seri Pahang berjalan amat perlahan sekali...mungkin kecederaannya terlalu parah.Berfikir juga Seri Pahang keadaan musuhnya...juga saudaranya...Seri Kemboja ...keadaan parahnya lebih teruk lagi....daripadanya.Deangan berlumuran darah Seri Pahang pun beredar dari situ...dan sepanjang perjalanannya teringat akannya....samaada ingin kembali ketempat pertapaannya atau meneruskan perjalanannya keseberang berjumpa dengan Seri Daik...menetap di situ untuk mengubati penyakitnya. Sekiranya ia kembali ke tempat pertapaannya ia mungkin akan membawa kemusnahan pada tempat pertapaannya ...membawa kemusnahan untuk kali kedua....tempat negeri yang disayangi.
Akhirnya Seri Pahang mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya kembali ketempat perguruannya....di Palembang berjumpa dengan Seri Daik. Itulah jiwa seorang pemimpin ....walaupun pun kuat...tetapi tidak mahu membawa kemusnahan terhadap negerinya. Ia pun meneruskan perjalanannya di dalam keadaan yang semakin lama semakin lemah. Semasa tiba di kawasan pertapaannya ia menyuruh para pengawalnya pulang memberitahu hal kecederaannya....hanya beberapa pengawalnya sahaja yang mengikutnya meneruskan perjalanannya. Pergerakkan Seri Pahang semakin lemah.....darah banyak yang keluar...kecederaan di kepalanya semakin parah....digagahinya untuk meneruskan perjalannya....semakin ia melangkah....semakin tiada tenaga....dan akhirnya berhenti....untuk menjelma menjadi manusia siapakah yang akan membantunya ditengah-tengah laut yang terbentang luas....akhirnya ia mengambil keputusan biarlah ia mati dengan jasadnya sebagai naga...keadaannya amat parah...nafasnya tersekat-sekat....menandakan ia sedang nazak...berhentinya ia betul-betul berhadapan dengan Pulau Aur di Mersing...Johor......menunggu saat-saat kematiannya. Sempat ia berpesan kepada pengawalnya....sekiranya ia mati...anak isterinya dan seluruh keluarganya di minta menetap di badannya....maka pengawal-pengawalnya membawa berita tentang keadaan Seri Pahang. Mendengar akan berita itu, berduyun-duyunlah pengawal, makhluk-makhluk dari tasik Cini keluar untuk memberi penghormatan terakhir kepada Seri Pahang. Dengan linangan air mata isteri...anaknya seorang Puteri...dan keluarganya memberi penghormatan terakhir kepada Seri Pahang.
Keadaan Seri Pahang semakin nasak...akhirnya ia menghembuskan nafasnya yang terakhir....dengan jasadnya seekor naga...kematiannya ditangisi oleh penghuni-penghuni samaada di laut ataupun di darat....setelah mati serta merta jasadnya menjadi batu...bersemadilah Seri Pahang seperti sebuah pulau yang berada ditengah-tengah lautan luas....dan sekarang Pulau itu dikenali sebagai Pulau Tioman.
Berita kematian Seri Pahang....telah diketahui oleh Sultan Pahang yang memerintah pada masa itu...ia pun menintahkan segala rakyat jelata....mendoakan supaya roh Seri Pahang ditempatkan golongan yang baik....dan mulia. Penuh adat istiadat di raja dalam mengadakan kenduri...mendoakannya. Saudaranya Seri Gummum juga mendapat berita tersebut.....merasa amat sedih sekali....menyimpan satu niatapabila ia keluar nanti..... apabila ia tamat dari pertapaanya.....akan mencari Seri Kemboja, akan meneruskan niat Seri Pahang yang gagal dalam memusnahkan Seri Kemboja. Begitu juga Seri Daik ....merasa amat murka...tetapi apakan daya ia tidak dapat bergerak...dan membantu Seri Pahang.

Inilah gambar kepala Seri Pahang.....daik yang bercabang tiga adalah menyamai daik yang berada di Gunung Daik.....merupakan chula seekor naga. Saya berkesempatan melawat Pulau Tioman.....sebanyak tiga kali. Sempat saya melihat di hadapan Pulau Tioman batuan yang berwarna putih ....terpampang wajah seseorang ....lengkap dengan makhota....berjanggut....begis ....matanya tajam menjeling keatas kami ....seolah-olah melihat bot kami.Sempat saya menghadiahkan fatihah kepadanya....selepas memberi salam. Begitu juga beberapa penyelam dari Jepun....yang pernah menyelam ke dasar Pulau Tioman....mendapati ada empat batuan yang keluar dari pulau Tioman dan mengatakan ia seolah-olah berbentuk kaki seekor naga. Banyak mitoss dari cerita penduduk tempatan yang menceritakan Pulau Tioman....salah sebuah pulau yang tercantik di dunia....Pulau yang menjadi sebuah lagenda kehidupan Seri Pahang....Pulau yang sekarang ini menjadi sebuah Pulau pelancongan yang terkenal di Malaysia dan juga di dunia
Tuesday, October 13, 2009
Lagenda 12 - Seri Kemboja meminta bantuan Raja Siam
Empat puluh hari empat puluh malam...pertarungan antara Seri Kemboja dan Seri Pahang tiada kesudahannya....penduduk persisiran pantai merasa gementar dan takut untuk berada di laut atau turun ke laut. Hari ke 41 pertarungan itu menampakkan ada kesudahannya. Keadaan Seri Kemboja semakin lemah...ia terus mendap ke dasar laut. Melihat keadaan itu Seri Pahang merasakan ia akan menang di dalam pertarungan ini. Inilah masanya ia ingin memusnahkan musuhnya yang selalu menganggu kehidupan masyarakat sekeliling.....dengan kudrat kesaktian dan tenaganya Seri Pahang pun mengigit kepala seri kemboja....tubuhnya pula dililit dengan sekuat hatinya.....besemburanlah darah yang keluar daripada kepala seri kemboja...banyak sisik gangsanya yang tertanggal disebabkan lilitan Seri Pahang...bertambahlah darah yang keluar dari tubuhnya. Seri Kemboja semakin lemah...akan tetapi ia terus berfikir bagaimana untuk melepaskan dirinya dari cengkaman Seri Pahang. Jika ia berterusan seperti ini kemungkinan besar ia akan tewas ditangan Seri Pahang.
Seri Kemboja mencari ikhtiar untuk melepaskan dirinya dari cengkaman Seri Pahang....dengan kudrat yang ada ia merentap kepalanya sekuat hatinya dan meloloskan dirinya dari lilitan seri pahang....terlepaslah ia dari cengkaman Seri Pahang...akan tetapi darah yang terkeluar dari kepalanya amat banyak sekali...sisik badannya banyak yang tertanggal....seolah-olah badannya seperti dicincang-cincang. Perasaan takut mula menyelubungi dirinya...ia terus berenang melarikan diri dari Seri Pahang menuju ke tempat pertapaannya. Seri Pahang terus mengejar.Akhirnya Seri Kemboja berjaya menyembunyikan dirinya di tempat pertapaannya. Seri Pahang tidak dapat melepaskan dirinya kerana saiznya yang lebih besar.Tunggulah Seri Pahang di luar kawasan pertapaan....menunggu Seri Kemboja keluar....niatnya satu ingin memusnahkan terus Seri Kemboja...
Air laut mula tenang....ombak yang beralun mula reda setelah 41 hari pertarungan di dalam laut berlaku. Seri Pahang masih menunggu di luar...Seri Kemboja yang sudah parah kecederaannya berfikir dan mencari ikhtiar untuk menewaskan Seri Pahang. Melihat akan kecederaannya tidak mungkin Seri Kemboja dapat menewaskan Seri Pahang yang masih gagah perkasa itu. Seri Kemboja mendapat ilham dan meminta bantuan kepada Sri Siam....secara ghaib. Sri Siam memang tidak terlawan terhadap Seri Pahang kerana ia tidak setaraf dengan ilmu yang didapati oleh Seri Pahang. Ia masih bersisik biasa dan telah keluar dari pertapaannya. Maka sisik nya hanya kekal sebegitu buat selama-lamanya. Sri Siam telah pergi meminta bantuan dari Raja Siam untuk memusnahkan Seri Pahang. Syaratnya berbunyi begini "Raja Siam hendaklah mengaturkan 100 biji meriam sepanjang pantai....peluru yang digunakan hendaklah diperbuat daripada emas....sekiranya yang keluar dari permukaan air itu nampak seperti hitam bersinar itulah Seri Kemboja....sekiranya warna putih berkilauan itulah Seri Pahang....maka lepaskan kesemua peluru tersebut kearah naga itu. Terhapusnya Seri Pahang...akan mengembalikan keamanan di kawasan itu.."
Mendengar berita yang disampaikan oleh Sri Siam...maka Raja Siam menitahkan segala bala tenteranya yang diketuai olehnya sendiri....ramailah yang datang berduyun duyun kearah pantai yang mula menampakkan ketenangan.Meriam sudah dihalakan kekawasan laut....siap dengan pelurunya....hanya menunggu masa sahaja untuk dilepaskan. Mendengar persediaan yang disediakan oleh Raja Siam...Seri Kemboja berasa amat lega sekali. Ia mencari helah bagaimana ia nak menimbulkan Seri Pahang ke permukaan air...yang berhampiran dengan pesisiran pantai.
Selepas memulihkan tenaganya....Seri kemboja pun keluarlah dari tempat persembunyiannya. Seri Pahang melihat akan keadaan itu ia pun menyerang semula Seri Kemboja dengan sekuat-kuat tenaganya.Seri Kemboja membawa Seri Pahang ke pesisiran pantai...dengan sekuat tenaga ia pun mengangkatlah Seri Pahang yang berada di atasnya....ke permukaan air. Timbulah Seri Pahang dengan sisiknya putih berkilat....dipanah cahaya matahari. Apabila Raja Siam melihat akan keadaan itu...ia mengarahkan anak buahnya membedil Seri Pahang dengan meriam yang berpelurukan emas...cedera parah Seri Pahang akibat peluru emas yang dibedil kearahnya....sisik perak dibadannya tidak dapat menahan peluru emas yang terkena keseluruhan badannya.Cengkaman Seri Pahang terhadap Seri Kemboja semakin lemah...terlepaslah Seri Kemboja dari cengkaman Seri Pahang.Melihat akan keadaan itu Seri Kemboja melarikan diri ke tempat pertapaannya dan tidak keluar-keluar dari situ.
Walaupun Seri Pahang telah cedera parah dibedil oleh Raja Siam...ia masih mampu lagi mengejar Seri Kemboja...bagi melunaskan niatnya memusnahkan Seri Kemboja. Ia menunggu dan menunggu dan terus menunggu keluarnya Seri Kemboja dari kawasan pertapaannya.berhari hari menunggu tak juga muncul Seri Kemboja.Air laut tenang semula...tiada ombak beralun lagi kelihatan.Melihat akan keadaan itu...Raja Siam mengarahkan anak buahnya pulang semula ke kampong halaman masing-masing.Semua itu pada anggapan Raja Siam telah berakhir. Tetapi bagi Seri Pahang ia masih belum berakhir. Ia masih menunggu keluarnya Seri Kemboja.Setelah menunggu berhari-hari tidak juga muncul...ia pun mengambil keputusan beredar dari situ pulang ketempat pertapaannya. Dengan keadaan lemah akibat kecederaan yang dialami oleh Seri Pahang ....perlahan-lahan ia meninggalkan tempat itu pulang ketempat asalnya diiringgi oleh pengawal-pengawalnya.

Lagenda 11- Pertarungan Seri Pahang dengan Seri Kemboja
Lama Seri Pahang menunggu nelayan untuk pergi ke Pulau aur...menanti dengan penuh sabar....menanti dengan membawa sebungkus kunyit...yang diambil dari longgokan sampah sarap yang hanyut di kuala sungai pahang...menanti di sebuah jeti nalayan di Kuala Pahang....akhirnya penantiannya berakhir apabila sekumpulan nelayan telah bersetuju menumpangkannya untuk pergi ke Pulau Aur.Hatinya yang gembira dan bercampur dendam kesumat...maka belayarlah Seri Pahang dengan nelayan tersebut menghala ke Pulau Aur...
Daratan tidak kelihatan lagi...Pulau Aur sudah nampak ke biru-biruan...nelayan itu pun melabuhkan sauhnya...untuk menjalankan kerjanya menangkap ikan...pada pekiraannya ia akan menghantar Seri Pahang ke Pulau Aur selepas sahaja kerja-kerjanya selesai. Seri Pahang melihat sekeliling...melihat air laut kebiru-biruan...pada fikirannya ia sudah berada di lautan dalam...amat sesuailah ia menjelmakan dirinya menjadi seekor naga...dan akan dapat mengurangkan kemusnahan yang berlaku...sayangnya ia kepada negeri yang didudukinya...Setelah memberi ole-ole kepada nelayan itu....Seri Pahang pun terjunlah keair dan menjelma menjadi seekor naga yang bersisik Perak....maka lautanpun bergelora...ombak setinggi bukit...sesekali timbul nampaklah sisiknya yang berkilat disinari matahari...Ini amat menakutkan nelayan yang menumpangkan Seri Pahang ....bingkas mengangkat sauhnya...mengerakan perahunnya....sekali kayuh...seperti berpuluh-puluh kilometer perjalanannya....nelayan itu tidak sedar perjalanan Seri Pahang diikuti oleh pengawal-pengawal Seri Pahang yang membantu pulang ke kuala pahang membawa ole-ole yang diberikan oleh Seri Pahang...(sebungkus kunyit yang bertukar kepada emas...setelah nelayan tersebut sampai ke kuala sungai Pahang)..
Seri Pahang pun terus berenang menghala ke satu arah yang akan menjadikan niatnya akan termakbul...bergerak lah Seri Pahang dengan kesaktiannya...semua penghuni-penghuni laut turut memberi laluan kepada Seri Pahang..memberi laluan dan diiringi doa supaya segala yang menganggu kehidupannya akan terhapus...menuju kepada musuhnya Seri Kemboja. Seri Kemboja tahu akan kedatangan Seri Pahang...Seri Kemboja tahu akan kesaktian Seri Pahang lebih tinggi darinya...Seri Kemboja juga tahu pertarungan ini tidak dapat lagi di elakkan...maka pertembungan antara Seri Pahang dengan dahysatnya....masing-masing menggunakkan kesaktiannya...mengeluarkan api...dari mulutnya...menginggit antara satu sama lain ....sesekali keluar ke permukaan air....menampakan diri masing-masing....hitam kekuningan itulah Seri Kemboja....berkilat keputihan itulah Seri Pahang....darah keluar dari tubuh mereka tidak terkira banyaknya...beberapa sisik tertanggal dari tubuh badan mereka....
Keadaan sesekilling lebih-lebih lagi...air menjadi keruh kemerah-merahan ...air yang bercampur dengan darah mereka yang keluar dari tubuh badan masing-masing...penghuni-penghuni dilaut semuanya bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing...lebih-lebih lagi segala pengawal Seri Pahang yang hanya menyaksikan pertarungan itu baik yang sudah cedera atau belum cedera hanya memerhatikan pertarungan tersebut...masing-masing mengigit antara satu sama lain...melilitkan badanya antara satu sama lain...suasan laut yang tenang....tidak semena-mena bergelora...seolah-olah musim tengkujuh akan datang...walaupun musim tersebut masih jauh lagi...
Ombak yang setinggi bukit bukan sahaja dirasai oleh penghuni-penghuni dilautan tetapi juga dirasai oleh penghuni-penghuni di daratan...mana-mana penghuni yang berada dipesisiran pantai ramai yang telah berpindah ketempat yang lebih tinggi...takut akan ombak yang sedang melanda kawasannya...ramailah nelayan-nelayan yang tidak dapat turun ke laut mencari rezeki seharian....akibat laut yang bergelora...ramailah penduduk-penduduk ingin mengetahui apakah angkara yang berlaku...
Raja Siam telah mendapat tahu hal keresahan penduduk negerinya yang tidak dapat menjalankan kerja seharian...maka telah memanggil Pawang Dirajanya...untuk mengetahui hal yang berlaku ini....pertempuran Seri Pahang dan Seri kemboja....di dalam laut yang punya angkara...yang belum nampak bibitbibit kesudahannya...masing-masing bertarung dengan hebatnya...masing-masing masih menggunakan kehandalanya...masing masing menggunakan kesaktiannya..

Subscribe to:
Posts (Atom)