Monday, August 17, 2009

Lagenda 2




                                                                 Syeikh Wali Allah Iskandar Dzulkarnain Syah
Di dalam buku sejarah melayu ada menyebutkan berkenaan Iskandar Dzulkarnain.Persoalannya pernahkah beliau ada datang ke tanah melayu....? Ikuti laman yang saya petik di dalam sejarah melayu ini .....
                 Pada zaman dahulu kala bahawa Raja Iskandar,anak raja Darab,Rom bangsanya Zulkarnain gelarannya hendak melihat matahari terbit.Dalam perjalanan hendak ke negeri matahari terbit berjumpalah baginda dengan sebuah negeri hindi...(kalau diikutkan ialah sebuah negeri yang terletak dinegeri Khasmir yang menjadi perebutan antara India dan Pakistan) yang terlalu besar pemerintahannya . Pemerintahan pada masa itu ialah Seorang Raja Kida Hindi ( pada masa itu kerajaannya masih berpegang teguh pada agama hindu-iaitu pada zaman nabi Allah Ibrahim allaisalam jikalau agama islam pada masa itu)Maka berlakulah peperangan yang hebat diantara tentera Iskandar Dzulkarnain dan tentera Raja Kida Hindi.Di dalam peperangan itu Iskandar Dzulkarnain Syah telah berjaya menawan negeri tersebut.Maka Raja Kida Hindi pun memeluk Islam yang pada masa itu di bawa oleh Nabi Allah Ibrahim .Raja Kida Hindi mempunyai seorang puteri yang elok rupa parasnya,baik akhlaknya...serta berilmu di dunia dan akhirat...yang bernama Puteri Syahrul Bariyah namanya atas kemahuan Raja Kida Hindi hendak dikhawinkan anaknya dengan Iskandar Dzulkarnain.Sebelum berkhawin Raja Kida Hindi mestilah berjumpa dengan moyang Guru Nabi Allah Khaidir(menurut Turjumanul al Quran oleh Maulana Mohd Yusof Ali- Lahor-sebuah negeri di india- Nama nabi allah kidir hanyalah gelarannya-namanya sebenar ialah Balya bin Malkan-seorang nabi yang ada sejak nabi allah Ibrahim-guru kepada nabi allah Daud-yang menjaga 3/4 dunia yang diliputi oleh air-bermakna 3/4 ilmu allah yang dijagai olehnya-mempunyai kaitan dengan Iskandar Dzulkarnain).       
              Maka berkatalah nabi Allah Khidir "Ketahuilah oleh mu wahai Raja Kida Hindi bahawa Raja Kami (pada masa itu ialah Raja sekilian alam) inilah diserahkan Allah Taala kerajaan dunia ini kepada kepadanya dari daksina(utara) ke Paksina ( selatan ).Sekarang anak kamu seorang puteri hendak dikhawinkan dengannya....maka berhubunglah segala anak cucu Raja Iskandar jangan lagi berputusan kiranya hari kiamat...Bagaimanakah kabulkah atau tiadakah( bersetuju atau tidak bersetuju).Maka diringkaskan cerita berkhawinlah mereka berdua dengan adat gemilang di raja.                         
         Selepas berkhawin maka iskandar Dzulkarnain pun meneruskan perjalanan ke negeri matahari terbit. Untuk pergi kenegeri matahari terbit Iskandar Dzulkarnain mestilah melalui tanah melayu. Apa kesan sejarahnya....kita tidak mengetahui ....salah satu ia terletak di aceh...masjid tersebut mengambil sempena namanya...dilangkawi pula ada seketul batu yang usianya berjuta-juta tahun (sekarang dikenali sebagai geo park)berasal dari kutub utara...kalau mengikut cerita dari datuk nenek moyang saya itulah kenderaan Iskandar Dzulkarnain dan beliaulah merupakan salah seorang daripada yang tujuh pahlawan dari tujuh benua.



No comments:

Post a Comment