Tuesday, August 25, 2009

Lagenda 4


Puteri Dayang Bunting

Puteri Dayang Bunting adalah salah satu lagenda yang terdapat di Pulau Langkawi.Saya ambil petikan daripada mitos yang terdapat di dalam cerita di Lagenda Langkawi. Petikan adalah seperti ini ....
"Tasik ini adalah salah satu tempat yang menjadi pilihan utama Putri Dayang Sari, seorang puteri dari kayangan, bermain dan mandi. Pada satu hari, seorang putera raja iaitu Putera Teja telah terserampak dengan Putri Dayang Sari yang ketika itu bermain dan mandi ditasik tersebut. Putera Teja terpegun dengan kecantikan yang dimiliki oleh puteri dari kayangan itu dan beliau terus jatuh cinta. Putera Teja cuba memikat Putri Dayang Sari dengan puisi serta lagu-lagu yang indah lagi merdu tetapi tidak berjaya. Oleh kerana usahanya tidak berjaya, beliau telah berjumpa dengan cerdik pandai untuk mendapat nasihat memenangi hati puteri tersebut. Beliau telah disuruh membasuh mukanya dengan airmata puteri duyung. Apabila beliau telah berbuat demikian Putri Dayang Sari telah jatuh cinta dengan kecantikan yang dimilik oleh Putera Teja. Selepas berkahwin, Putri Dayang Sari telah mengandung. Bayi yang dikandungnya itu telah mati ketika dilahirkan dan beliau merasakan parkahwinannya ini adalah merupakan satu tipu helah. Selepas mengkebumikan bayi tersebut didalam tasik ini, Puteri Dayang Sari yang mempunyai penawar kemandulan telah kembali kekayangan dan tidak kembali lagi"
Sebenarnya ...Puteri Dayang Sari salah seorang Puteri yang tujuh di kayangan ...belajar ilmu allah daripada seorang wali allah yang tujuh ...yang tertua daripada tujuh wali allah yang berada di langkawi....hikmat wali allah ini lah yang dikurniakan oleh allah...menjadikan air masin menjadi tawar...dan menjadi penawar bagi berbagai-bagai penyakit...bukan hanya bagi penyakit kemandulan tetapi penyakit-penyakit lain yang boleh menghalang daripada mendapatkan zuriat...alam kayangan telah jatuh kemuka bumi ini apabila lahirnya rasullulah...dikenali sebagai alam ghaib..orang-orang yang berada di sini adalah terdiri daripada manusia biasa seperti kita..kehidupannya lebih baik daripada kita kerana mereka berpegang pada janji..janji tidak boleh dimungkiri...sebenar nya Putera Teja yang memungkiri janji...menjadikan ia tidak dapat melihat puteri itu di alam nyata...Puteri Dayang Sari tetap setia menunggu suaminya....sehinggalah ia wafat bersama-sama dengan zuriatnya.Di sinilah ia dimakamkan...dengan hikmat ilmu allah maka terbentuklah satu batuan yang menunjukkan kepada kita ....pengajaran kepada kita ...jangan memungkiri janji.Dengan tangisan menunggu si suami ,taat pada suami bersemanyam ia di kawasan ini hinggalah tiba di satu hari ....ada seorang hamba allah yang boleh membebaskannya ...menikmati kehidupan seperti biasa.
Rentetan peristiwa pembebasannya boleh diikuti ke langenda seterusnya...wassalam

2 comments:

  1. Siapa nama wali Allah yang menjadi guru kepada Puteri Dayang Sari di Langkawi Encik Halim?

    ReplyDelete
  2. Wali allah yang dilantik oleh allah mempunyai beberapa peringkat..1 wali allah...3 wali allah...5wali allah ...7 wali allah dan 9 wali allah...dan seterusnya....yang banyak kita ketahui ialah 9 wali allah yang berada dinusantara atau dikenali sebagai indonesia...nama wali allah yang cheek nak tahu tu ...tidak boleh diberitahu di sini ceeek...kita jumpa pada masa jejak ramadhan cheek...

    ReplyDelete