Wednesday, September 30, 2009

Lagenda 10......Seri Pahang Menuju Ke Kuala...

Peristiwa kekalahan pengawal-pengawalnya telah menaikkan kemarahan Seri Pahang dan Seri Gummum...maka keluarlah Seri Pahang dari pertapaannya untuk menentang Sri Kemboja...

Peristiwa keluarnya Seri Pahang Menuju ke kuala saya petik dari buku tulisan Arippin Said bertajuk "Juara Yang Tewas" terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka...dicetak oleh Yayasan Islam Terengganu...di bawah ini saya coretkan tulisannya...

Musim pejur datang lagi....Hujan sentiasa turun dengan lebatnya.Dari pagi sampai petang. Kadang-kadang bersambung malam hujan masih belum berhenti. Cuaca menjadi lembab.Sesekali angin bertiup kencang.Bagai mahu mencabutkan pohon-pohon kelapa dara.Rumah-rumah bertiang bulat bergoyang-goyang dibuatnya.Memang ada tanda-tanda banjir akan berlaku dengan besar tahun ini.Pokok kekabu di kampong-kampong meranting.Sehelai pun tidak berdaun. Kata orang tua-tua kalau kekabu sudah tidak berbunga dan berbuah alamat banjir tidak akan datang lagi...Ini tidak jangankan hendak berbunga atau berbuah...berdaun pun tidak.

Air sungai Pahang (sekarang ini dinamakan Sungai Pekan) makin keruh mengalir deras.Kadang-kadang membawa kapar, kayu yang tumbang,batang buruk dan dan lain-lainnya.Memang banar bagai dijangkakan ....banjir kali ini pasti besar...Hujan tidak berhenti-henti selama tujuh hari tujuh malam.Lebatnya tidak terkira.Matahari tidak kelihatan langsung.Angin bertiup dengan kuat.Pokok-pokok yang akar tunjangnya tidak kuat sudah lama menyembah bumi.Di tambah pula dengan tanah yang sudah lembut kerana disiram air hujan yang turun itu.

Hujan yang turun tidak mahu berhenti.Tujuh hari sudah disambung lapan.Hari kesembilan tasik cini bagaikan lautan.Menjelang tengah malam hari kesembilan tasik cini bergelombang....ombak-ombak bergulung-gulung setinggi bukit.Kawasan tasik menjadi semakin lebar.Pada masa inilah Seri Pahang bangun dengan kehebatannya.Bangun dengan segala kesaktiannya.Bangun yang tiada siapa boleh melihatnya dan tiada siapa yang tahu.Bergelombanglah air tasik cini apabila Seri Pahang bangun.Bersama banjir yang melanda itu ditengah malam sepi Seri Pahang mula bergerak....meninggalkan tasik cini ...dan saudaranya Seri Gummum...melalui Sungai Cini menghala Sungai Pahang.Di atas belakang Seri Pahang tersangkut segala pokok yang tumbang...segala lumut dan tanah lumpur bercampur menjadi sebuah pulau besar yang sedang hanyut menuju ke kuala sungai Pahang.

Dari tengah malam ;dari tasik Cini; Seri Pahang menghilir perlahan.Kalau terlalu laju dan deras perjalanannya tentulah banyak menenggelamkan lagi segala daratan yang masih belum tenggelam.Perjalanan menghilir itu berakhir di satu tempat yang sudah hampir dengan kuala Pahang.Dinihari sudah mula melihatkan tirainya.Tidak lama lagi siang akan menjelma .Seri Pahang yang sedang menghilir merasakan dasarnya semakin cetek....mahu tidak mahu Seri Pahang memejamkan dua biji matanya yang merah menyala itu.Sekejab kemudian ia merasakan dirinya sudah tersadai di pasir Kuala Pahang.Seri Pahang memejamkan matanya...untuk seketika dia mengingatkan segala asal-usulnya.Untuk seketika dia mengingatkan kewajipan keluar dari Tasik Cini itu.Untuk seketika juga dia menggunakan segala kesaktian segala keajaiban semasa bertapa dahulu itu.Segala kesaktian segala keajaiban terkumpul dalam ingatan kini.Dia masih memejamkan matanya.

Tidak lama kemudian segala sampah sarap,segala lumut dan lumpur, segala pokok-pokok yang menumpang di atas belakang Seri Pahang mula luruh satu-satu.Tubuh Seri Pahang mula menjadi kecil.Makin lama makin kecil.Makin lama makin kecil.Akhirnya di atas pasir di Kuala Pahang itu menjelma seorang tua.Janggutnya sudah putih.Misainya juga putih.Rambutnya apatah lagi.Semuanya sudah putihTubuhnya bongkok dua.Dia memegang sebatang tongkat.Dia memandang ke sana ke sini.Tiada siapa yang melihatnya.Dihadapannya inilah laut yang bergelora.Kemanakah dia hendak pergi.Dia mengira-gira dalam hatinya dia akan ke tepi laut di gigi air dan kemudian bertukar rupa...tidak boleh...kalau dia berbuat demikian tentu banyak perahu akan karam...ombak akan bergulung sebesar bukit.Air akan menenggelamkan pantai dan pasir itu juga.Tentu banyak yang ditimpa susah...ia membatalkan niatnya.....ia menuju kearah tanah daratan dari pasir di kuala itu...."

Begitulah hebatnya seekor naga yang hendak membalas dendam ....terhadap musuhnya Seri Kemboja....Pergerakannya menuju ke Kuala Sungai Pahang yang kini dikenali sebagai Sungai Pekan.Besar saiz sungai pekan yang ada pada masa sekarang begitulah besarnya saiz Seri Pahang....di kuala Sungai Pahang/pekan pada masa sekarang adalah kecil....di sinilah Seri Pahang menjadi manusia seperti biasa...menunggu masa yang sesuai untuk ke laut lepas menjelma semula menjadi naga....bagi mencapai tujuan ia keluar dari pertapaannya.....

Lagenda 9

Seri Kemboja....

Seri kemboja adalah salah seorang saudara yang lima yang mengamalkan ilmu pertapaan menjadi seekor naga....pertapaannya sudah mencapai tahap bersisik gangsa.Pertapaannya di satu kawasan laut sebelah tenggara disatu lubuk yang dalam di Telok Kemboja( kalau sekarang ia berhampiran dengan negeri kelantan). Oleh kerana pertapaan nya sudah mencapai sisik gangsa...ia telah dihasut oleh sri siam untuk keluar menganggu saudaranya yang sedang bertapa di tasik cini iaitu Seri Gummum dan Sri Pahang...ini adalah kerana sri siam tidak mahu saudaranya Sri Gummum dan Sri Pahang tamat dari pertapaannya.

Setelah mencapai tahap bersisik gangsa maka keluarlah Seri Kemboja dan membuat huru hara di kawasan laut sebelah timur (Laut Cina Selatan).Laut kawasan timur selalu bergelora secara tiba-tiba. Ini menyebabkan kesusahan kepada nelayan-nelayan dari tanah-tanah besar atau pulau-pulau ditengah lautan itu. Perahu-perahu mereka sering ditenggelamkan oleh ombak yang besar dek kerana Seri Kemboja yang selalu berjalan ke sana ke mari. Tindakannya keluar dari pertapaannya itu telah menyekat rezeki penduduk di tanah besar serta penduduk-penduduk pulau-pulau ditengah lautan....ikan-ikan dilautan amat takut untuk bermain di laut timur itu.

Mendengar huru hara yang dilakukan oleh Seri Kemboja...Seri Gummum dan Seri Pahang merasa amat marah...maka segala pengawal-pengawal yang terdiri dari buaya-buaya putih...diperintahkan untuk menentang Seri Kemboja...hikmat seri kemboja yang bersisik gangsa dan mempunyai kesaktian tidak terlawan oleh pengawal-pengawal Seri Gummum dan Seri Pahang.Ramai pengawal-pengawal yang tercedera semasa bertarung dengan Seri Kemboja. Ketua pengawal yang terdiri daripada buaya putih yang sebesar pulau pun telah tewas di tangan Seri Kemboja...Buaya putih itu kembali ketempat asal pertapaannya di dalam keadaan cedera parah...dan tidak sempat untuk kembali kerana kehabisan tenaga akibat kecederaan yang dialaminya.Setelah menewaskan semua pengawal-pengawalnya kembalilah Seri Kemboja ketempat pertapaannya...itu memang telah menjadi sikapnya yang suka membuat huru-hara....dan kemudiannya kembali semula ketempat asalnya.

Berita tewasnya pengawal-pengawal Seri Gummum dan Seri Pahang telah sampai kepengetahuannya.Maka berbincanglah kedua-duanya untuk menentang Seri Kemboja. Hasil perbincangan hanya Seri Pahang sahaja yang layak menentang Seri Kemboja...Seri Gummun baru besisik besi ( digelar sebagai si kupang besi ) manakala Seri Pahang sudah bersisik perak...dan mempunyai hikmat kesaktian lebih tinggi daripada Seri Kemboja....musuhnya.

Monday, September 28, 2009

lagenda 8

Inilah gunung daik yang merupakan seekor naga...cabang tiga ini adalah chulanya yang terdapat ditengah-tengah belakangnya.Oleh kerana keindahan gunung tersebut..maka orang melayu pada masa itu telah mencipta pantun ucapan terima kasih kepada seorang pendita yang telah berbudi kepadanya ...di mana ia telah menyelamatkan masyarakat setempat dari kemusnahan...pantunnya berbunyi...

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Ilmu pertapaan menjadi seekor naga...
Menurut yang empunya cerita ...pada zaman dahulu ada satu ilmu yang diamalkan oleh orang-orang melayu iaitu bertapa menjadi seekor naga(dragon) ...kebanyakkan ilmu ini diamalkan oleh raja-raja dahulu...di iringi pegawal-pengawalnya yang juga bertapa menjadi buaya-buaya.Pada masa itu mereka masih berpegang teguh kepada ajaran hindu(iaitu mempercayai sang dewa dan dewi)...tujuannya ialah untuk menjadi kuat dan menjadi seorang yang digeruni bagi menjaga negeri masing-masing.
Pertapaan menjadi seekor naga ini akan memakan masa selama seratus tahun untuk mereka mendapatkan sisik emas.Dalam masa 25 tahun pertama mereka akan mendapat sisik besi...dua puluh lima tahun kedua akan mendapat sisik tembaga...dua puluh lima tahun ketiga akan mendapat sisik perak...akhirnya bila sampai 25 tahun keempat iaitu apabila genap seratus tahun tahun pertapaan itu sisik mereka akan bertukar menjadi emas...
Jangka masa pertapaan itu bukan sahaja sisik mereka akan bertukar tetapi juga mereka akan mendapat berbagai kesaktian dan kelebihan...badan naga ini tersangat besar dan panjang(bukan seperti yang kita lihat di dalam cerita di tv).Jika ia berenang di lautan ombak akan beralun seperti bukit.Semasa pertapaannya itu ia telah mengalami perubahan sisiknya daripada sisik biasa kepada besi.Kemudian bertukar menjadi gangsa.Selepas gangsa ,bertukar menjadi perak .Kemudian bertukar menjadi emas apabila sampai seratus tahun.
Tempat pertapaannya adalah di gua-gua di dalam lautan atau selat, ditasik-tasik,dan ditepi sungai-sungai.Semasa pertapaannya ,seluruh badannya akan diseliputi oleh lumut dan lumpur yang amat tebal.Disebabkan oleh badannya yang dibaluti oleh lumpur dan lumut itu maka banyaklah ikan -ikan besar dan kecil di lubuk tempat pertapaannya itu.Selama pertapaannya mereka tidak pernah bergerak atau berjalan ke sana ke mari.Sesekali ia hanya mengerakkan badannya ...apabila ia menggerakkan badannya sedikit ...air akan berkocak dan ombak akan beralun besar.Keadaan ini terjadi tidak semena-mena...tidak ada angin...tidak ada apa-apa...air akan berkocak dengan kuat.Penduduk-penduduk dan hidupan di sekitarnya amat memahami keadaannya...Semua hidupan di dalam hutan kawasan tersebut akan menjadi kecut...dan takut sekiranya mereka akan bergerak.Walaupun mereka mempunyai kekuatan, ia ada kelemahannya....sekiranya ia bergerak dari pertapaannya ia hendaklah bergerak pada malam hari....sekiranya hari siang ia akan menjadi batu...sekiranya ia tidak dapat kembali kepada tempat pertapaannya.Pada waktu siang ia boleh meninggalkan jasadnya dan menjadi orang biasa seperti kita.Apabila ia mati ia akan menjadi batuan seperti gunung ganang dan pulau-pulau.Jika ia dilautan ia akan bergerak bebas tidak hari siang atau malam ia boleh ke sana-sini membawa jasadnya yang amat besar.
Pertapaan ilmu ini dipelopori oleh lima bersaudara...dan berasal dari Palembang.Pertapaan ini diketuai oleh Seri daik(di Palembang...ada nama asalnya), Seri Gumum dan Seri Pahang (di Tasik Cini, Pahang), Seri Kembojaa(di sebuah gua di selat kemboja) Sri Siam (di sebuah gua dasar laut di Teluk Siam).Di antara ke lima-lima saudaranya ,Seri Daik adalah yang tertua...dan telah mencapai tahap sisik emas semasa hidupnya.Seri daik juga telah bertunang dengan seorang puteri Seri Pahang semasa seri pahang hendak mengambil ilmu pertapaan ini.Mengikut yang empunya cerita...seri daik dikunci pergerakkannya dan tidak boleh bergerak-gerak sehinggalah pada masa sekarang....dikunci oleh seorang pendita (pada masa itu masyarakat menganggap orang yang berkebolehan seperti itu dikatakan seorang pendita...padahal ia adalah seorang islam yang bertaraf wali allah...mengunci sang daik dengan kalimah-kalimah allah...sehinggalah terbentuknya beberapa sungai dikelilingi badan seri daik).Gunung daik itulah yang dikatakan sebagai seri daik...selepas tidak dapat bergerak-gerak maka badannya ditumbuhi pokok-pokok dan menjadi sebuah gunung yang tinggi dan indah.
Bagaimana dengan saudara-saudara yang lain...akan saya tuliskan pada lagenda yang berikutnya.Apa yang saya dapati daripada cerita ini...orang melayu pada masa dahulu suka mengamalkan ilmu pertapaan(ilmu agama hindu sebelum kedatangan Islam....pendekatan adalah baik...iaitu menjaga negerinya daripada serangan musuh-musuh...yang pada masa dahulu menggunakan hikmat-hikmat sakti...dan ia adalah merupakan ilmu hitam yang mempercayai kekuatan jin-jin dan syaitan...tidak mempercayai kekuatan sang penciptanya iaitu allah)


Sunday, September 27, 2009

Peristiwa Sedih di hari syawal

Agak terlewat hendak mengucapkan aidilfitri kepada kawan-kawan dan sahabat handai...berkesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya aidil fitri buat kawan-kawan dan sahabat handai....mana kesilapan dan terkasar tutur kata harap di maafkan ....semoga dihari yang baik sambutlah kemenangan dengan gembira....

Bagi diri ini hari raya di sambut dengan gembira dan juga kesedihan....gembira dengan bulan kemenangan ...sedih dengan kepergian ayahanda ke rahmatullah pada tanggal 3 syawal 1430 hijrah....semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan kedalam golongan orang yang beriman ya allah ya rahman ya rahim ......amin

Monday, September 14, 2009

Lagenda 7


Lata Kijang adalah satu kawasan pergunungan yang mempunyai air terjun yang terpanjang di Malaysia..melihat akan keindahan alam semulajadi di sini siapa sangka di sini tersimpan banyak lagenda...di negeri Perak...salah satunya lagenda yang saya akan tuliskan di bawah ini...
Asal usul pokok bayam
Kisah bermula di satu tempat iaitu di sebuah pergunungan di negeri Perak....Lata Kijang namanya. Sang Kelebai adalah nama yang tidak asing bagi cerita-cerita mitos..sedang mengabadikan dirinya di dalam pertapaan di kawasan ini.Cerita bermula pada suatu hari terjadilah peperangan di kawasan ini.Peperangan yang dahsyat menggunakan kuasa-kuasa sakti antara panglima-panglima perang sehinggalah pokok-pokok rebah ke bumi...batu-batu berterbangan ke sana-sini...angin bertiup dengan kencang..ombak laut bergelora tidak tentu arah...maka pada masa itu anaknya sedang bermain-main di kawasan ini.Takdir telah menentukan ...anaknya telah di hempap oleh sebatang pokok yang besar seperti batang balak....matilah anaknya selepas di hempap oleh pokok itu.Mendengar berita tentang kematian anaknya...keluarlah sang kelebai dari pertapaannya...terasa sedih dan gundah hati sang kelebai melihat kematian anaknya....dengan perasaan sedih dan marahkan mereka yang melakukan angkara...keluarlah sang kelebai mencari punca anaknya di hempap pokok...dengan kudrat kuasa saktinya bersumpahlah sang kelebai " Aku sumpah kau pokok menjadi kecil dan boleh di makan oleh manusia...bagi engkau yang punya angkara jadilah engkau batu-batu yang tidak boleh bergerak lagi"
Mengikut sumpahannya pokok yang dimaksudkan oleh Sang Kelebai adalah Pokok Bayam...yang sekarang ini dijadikan sayur-sayuran oleh kita.Engkau yang punya angkara adalah tentera bergajah yang menjadi batu...masih ada lagi disekitar kawasan batu gajah....batu-batu gajah yang mempunyai nilai yang tinggi...terdiri daripada batu kapor untuk dijadikan jubin dan marmar di rumah-rumah.
Siapa dia Sang Kelebai?Sang Kelebai adalah salah seorang Puteri yang tertua daripada tujuh Puteri Kayangan.Nama puteri itu ialah Puteri Mayang Murai....yang mempunyai kuasa sakti yang amat tinggi darjatnya ...di sisi allah...cerita ini saya dapati selepas saya pergi ke Lata Kijang Perak...Darul Ridzuan...Di bawah ini saya coretkan peristiwa semasa saya berada di sana...

Tanggal 23-08-2008 kami sampai ke Lata kijang...setelah kepulangan kami dari Langkawi...udara segar dan terdengar deruan air terjun yang nyaman dan damai sekali rasanya....gambar menunjukkan abang angkatku sedang menyusuri tangga menuju ke air terjun yang tertinggi sekali di sini....



Inilah bahagian yang diceritakan anak kepada Sang Kelebai yang dihempap oleh pokok bayam ....kesan merah itu masih ada sampai sekarang yang dikatakan percikan darah dari kepalanya .Siapapun akan merasa sedih melihat keadaan ini.....walaubagaimanapun saya dapat mengambil serpihan batu daripada sini...untuk dijadikan beberapa penawar penyakit....apa yang diceritakan kepada saya ia boleh meneturalkan deman panas apabila batu itu direndamkan ke dalam air dan disapukan ke pesakit .....wallahualam ....belum pernah saya mencubanya....


Abang angkatku dan saudaraku Laden menunjukkan saiz pokok bayam di sumpah oleh Sang Kelebai...


Inilah saiz pokok bayam ....bahagian yang mempunyai tanda lurus ke bawah adalah bahagian di tengah-tengah batang pokok...siapa sangka tanda ini adalah sebatang pokok bayam...kalau dulu hendak ke kita makan pokok bayam ni....adalah juga kebaikan daripada sumpahan ini...di mana sayur bayam mempunyai zat yang tinggi ...boleh memperbanyakkan sel darah merah kita....


Ini adalah tanda seperti makam ....di kendalikan oleh seorang berbangsa cina yang mendapat rezeki yang banyak....telah mengambil alternatip membangunkan kawasan ini....

Ini gambar aku bersama anak kepada abang angkatku....aju....memerhatikan besarnya pokok bayam sebelum di sumpah oleh Sang Kelebai....ini sesudah kami puas mandi manda di sini....nyaman dan damai....sebelum kami berangkat pulang ke Johor....Tak tahulah saya samaada orang di Perak tahu akan lagenda di sini....wallahualam....di sini juga pengambaran filem Puteri Gunung Ledang di adakan ....apa yang saya dapati dari cerita saudaraku Laden yang memang tinggal di sini...banyak pekara mistik berlaku sepanjang pengambaran filem ini...


Wahh....susah juga nak upload gambar ini....7 kali mencuba selepas membaca selawat baru boleh....gambar kami nak berangkat pulang....siapa pulak Pak Arab dan isterinya yang memakai purdah tu....pelik kerana menurut Laden mana pernah Pak Arab datang ke sini....selamba sahaja air muka abang angkatku dan Laden....aku tertawa kecil....sambil berkata dalam hatiku....Pak Arab ini macam pernah aku jumpa semasa aku makan mertabak singapore di Muar....macamana dia boleh berada di sini....apa agaknya yang dilihat oleh Pak Arab ni....yang mahal tu pakai purdah, tak tunjuk langsung muka dia pada kami....selepas sahaja sesi bergambar kami pun berangkat pulang meninggalkan kawasan ini yang penuh mistri...selamat tinggal Lata Kijang....ada umur dan rezeki...berjumpa lagi kita...

Monday, September 7, 2009

Lagenda 6

Gambar aku bersama dengan abang angkatku semasa berada di Gunung Senyum,Pahang Darul Makmur....bertarikh 24/08/2007.Bukan gambar ini yang hendak aku tuliskan dalam lagenda ini tetapi berkenaan coretan/pengalaman yang aku lalui bersama abang angkatku.

Hari ini 7 september 2009 bersamaan dengan 17 Ramadhan 1430 hijrah adalah hari yang dinanti-nantikan oleh umat Islam iaitu hari yang di namakan nuzul alQuran.Semasa aku pulang ke Johor Bahru pada Jumaat 4 September 2009 sempat aku mendengar radio klasik FM 106.7.Pada waktu itu jam menunjukkan waktu asar akan menjelma...satu kata-kata hikmat seorang uztaz berkumandang diradio ...menceritakan ayat-ayat alQuran yang diturunkan kepada nabi Muhammad satu-persatu...dan kebanyakkan ayat-ayat al Quran di turunkan pada bulan Ramadhan.Apa yang menarik perhatianku ialah ayat-ayat al-Quran memang telah dituliskan di luh mahfuz lagi...dan diturunkan kepada nabi Muhammad secara berperingkat-peringkat...bukan sahaja di bulan ramadhan tetapi sepanjang tahun.Aku berhenti di hentian lebuhraya Kulai untuk mendirikan solat asar...selepas sahaja bersolat aku meneruskan perjalanan pulang ke Johor Bahru...
Sepanjang perjalanan aku pulang teringat pada aku mengenai satu peristiwa pada hari Jumaat di tahun 2006...tarikhnya aku sudah lupa(itulah kelemahan aku tidak mencatatkan di dalam diari pengalaman kehidupanku)....Pada pagi Jumaat selepas solat subuh aku menerima telefon dari abang angkatku, supaya membawanya pergi ke Muar...Johor.Abang angkatku tidak memberitahu tujuan pergi ke Muar,padaku ini adalah satu pekara biasa ....mungkin abang angkatku hendak melihat-lihat kawasan di Muar yang telah lama ia tidak pergi.Kebetulan pada masa itu cuti sekolah...jam 6.30 pagi aku berangkat ke Mersing Johor mengambil abang angkatku.Aku sampai di Mersing jam 9.00 pagi...sesampainya di sana abang angkat aku sudah menunggu...terus kami berangkat menghala ke Muar.Di dalam perjalanan itulah aku diceritakan tujuan sebenar pergi ke Muar...hanya untuk bersembahyang Jumaat di Masjid lama Daerah Muar..."Tak pernah aku sembahyang kat masjid tu halim"katanya....."Ok ..jom kita pergi"jawabku ringkas. Sepanjang perjalananku cuaca redup...menandakan hari hendak hujan...berhenti sebentar di warung kecil daerah kluang...untuk sarapan pagi. Jam 12.00 tengah hari aku sampai ke masjid tersebut ...sedang berkumandang bacaan al Quran dari iman masjid...satu persatu orang ramai datang ke masjid tersebut menaiki kereta-kereta mewah...hati kecil aku berkata"Ramai orang melayu yang dah menjadi kaya di daerah ini..."melihat kereta-kereta mewah yang di bawanya. Kami masuk ke mesjid ....sungguh nyaman bauan harum di dalam mesjid itu mungkin minyak wangi yang di pakai oleh orang-orang yang menunaikan solat jumaat. Selepas solat kami pun turun dari mesjid ...pada masa itu hujan turun renyai-renyai ....kami keluar untuk makan tengah hari.
Semasa makan tengah hari itulah diceritakan pada aku tujuan bersembahyang di mesjid tersebut. Tujuannya ialah untuk menyerahkan al Quran pada yang empunya...ia juga menceritakan seorang hamba allah yang mendapat senaskah al Quran berkulit kijang putih ....bertuliskan tangan...Quran itu diletakkan di atas mimbar mesjid dan tidak dapat di lihat dengan mata kasar kita...pelik pada aku..tiada pun peristiwa serah menyerah itu berlaku...semasa hamba allah itu menerima al Quran itu ia telah diamanahkan mencari tuan yang empunya al quran.Ia memberi tahu jika yang empunya al quran itu tandanya ialah ia akan berundur kebelakang tak sanggup melihat cahaya yang keluar dari naskah tersebut....dari hari ke hari hamba allah mencari tuan empunya ...tidak juga berjumpa...oleh kerana kesusahan hidup yang dialami oleh hamba allah itu datanglah seorang peniaga cina beragama kristian..Richard namanya...membeli quran tersebut...di ceritakan juga quran tersebut hanya diletakkan dirumah nya di Singapura...perniagaannya makin hari semakin maju...sehingga menjadi jutawan...lama kelamaan ia mendapat alamat supaya menyerahkan semula kepada hamba allah itu...hamba allah itu meletakkan al quran tersebut di mimbar...pada masa kami datanglah ia di beritahu menyerahkan al quran itu ke tuan yang empunya...berada di Benut,Johor Hj Ismail namanya...Al quran tidak nampak...memang tidak masuk dek akal pada ..itu menjadikan keinginan ingin tahu aku semakin membara....abang angkat aku hanya tersenyum sahaja selepas menceritakan pada aku...selepas makan tengah hari aku pun menghantar pulang abang angkat di Mersing...aku pulang ke Batu Pahat.
Selang beberapa minggu aku di ajak oleh saudara kepada Hj Ismail berkunjung ke rumahnya...pelik juga ...memang aku pernah pergi ke rumahnya....ia seorang pengamal perubatan tradisional...aku pergi kerumahnya...selepas zohor...inilah peluang aku nak melihat Al Quran tersebut...sesampainya di sana...ia bertanyakan khabar berita anak saudaranya...dan menceritakan hal-hal keluarganya...bila ia melihat keadaan aku ...sambil tersenyum ia berkata "Nak tengok Al Quran lama tak?"soalan diajukan kepada aku..."Ehhh nak lah tok" jawabku.."Pergi ambil air sembahyang...." ujarnya. Bergegas aku mengambil air sembahyang...aku masuk semula dan dia telah memegang al quran itu ...sebelum ia menyerahkan kepada aku...untuk di baca..."Al Quran ini berusia 7000 tahun semasa hamba allah menyerahkan pada atuk..tulisannya dengan tangan...di atas kulit kijang putih...ada tiga naskah yang sama ...satu di masjid demak, Indonesia....satu di Yaman...semasa menyerahkan pada atok...hamba allah merasa was-was betulkah tuan empunya al quran ini...melihat tanda semasa penyerahan...ia yakin penuh inilah tuannya..berjumpa juga akhirnya...sambil tersenyum " Terpelanting ia ke belakang ..terperanjat agaknya" cerita Hj Ismail.Sama apa yang diceritakan oleh abang angkatku.
Aku membuka al Quran tersebut...membaca...Al Fatihah...sama seperti al Quran biasa...tetapi aminnya hendaklah di baca sebanyak tujuh kali....ia ditulis bermula dengan bismillah hir rahman nir rahim....tidak ada surah seperti al quran biasa....diakhiri dengan al fatihah....selepas surah al ikhlas....aminnya di baca sebanyak 11 kali...terfana aku melihat nya ....berusia 7000 tahun di tolak dengan 1427 hijrah....ini bermakna 5573 tahun sebelum kedatangan Islam...tidak berani aku bertanya lebih lanjut...terasa bukan taraf aku nak bertanya...terasa diri ini kerdil...dapat melihat al quran itu pun aku sudah bersyukur...beberapa orang telah melihat al quran tersebut sebelum kedatangan aku...tak tahu siapa...orang tua hanya tersenyum sahaja selepas aku membaca al quran tersebut...sampai sekarang aku masih tertanya-tanya beberapa soalan dibenak fikiran aku..biarlah ia menjadi memori dan pengalaman hidup aku.

Kesimpulannya...benarkah usia al Quran itu berusia 7000 tahun...hanya allah yang mengetahui...tak terjangkau dek akal fikiran aku...tapi itu tidak mustahil bagi allah..tak terfikir pada masa itu untuk aku mengambil gambar...mungkin pada masa itu aku tidak mempunyai peralatan canggih seperti sekarang ni...satu hari mungkin aku akan datang untuk mengambil gambar al quran itu...bagi tatapan kita semua....wassalamu