Monday, August 31, 2009

Lagenda 5


Puteri Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah berkhawin dengan seorang Laksamana Sultan Kedah.Apabila mengetahui negeri Kedah akan diserang oleh tentera siam beliau telah pergi ke darat mempertahankan negeri kedah daripada serangan tentera siam.Selepas kepergian suaminya ...Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati. Rayuan yang telah dibuat oleh ayahandanya tidak dihiraukan oleh pada masa itu.Pada hari hukuman, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih yang membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata. Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama tujuh keturunan.Kebenaran sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan. Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi setelah tujuh keturunan dalam kepayahan.
Itulah coretan ringkas berkenaan Puteri Mahsuri....di Langkawi...mangkat pada 1235 hijrah bersamaan dengan 1819 masihi...masih baru peristiwa ini....Lagenda yang hendak saya tuliskan ialah sebelum kejadian ini...Puteri Mahsuri adalah merupakan salah seorang puteri yang tujuh dari kayangan...ia menyamai seorang puteri dikenali sebagai Dara Putih(bermaksud darah putih)yang makamnya berada di Kota Tinggi...Johor.Puteri Dara Putih juga pernah wujud di Melaka yang makamnya juga terletak ditengah-tengah sawah....seperti di Langkawi.Kalau telah berjumpa dengan keturunannya iaitu yang berada di siam adalah satu kesilapan besar kerana semasa kematiannya ia belum lagi mengandungkan anak dengan suaminya...keturunannya ada di negeri Johor, Melaka dan Pahang..kalau diikutkan dengan keturunannya ia adalah seorang puteri raja kayangan yang memang bersih,baik akhlaknya dan mempunyai ilmu yang tinggi darjatnya di sisi allah...dihantar ke situ untuk memberi berkat kepada penduduk di langkawi supaya hidup masyarakat di situ lebih baik...beginilah sikap orang melayu pada masa itu...suka menabur fitnah...yang boleh mendatangkan kezaliman...pemerintahan yang zalim akan dimusnahkan oleh allah di muka bumi ini...banyak peristiwa dan empayar yang melakukan kezaliman akan dmusnahkan oleh allah...peristiwa itu tidak diambil iktibar oleh penduduk di situ...doa yang dikatakan oleh Puteri Mahsuri telah dikabulkan oleh allah...berlakulah kemusnahan yang besar di pulau Langkawi...kalau diikutkan negeri kedah adalah satu negeri beraja yang maju dan kuat...akibat salah satu pemerintah yang menjalankan kezaliman musnahlah negeri itu..bagi Puteri Mahsuri ia sudah semestinya ditempatkan oleh allah ditempat yang baik oleh allah...amin
Ini adalah coretan ringkas semasa saya dan sahabat saya berada di sana....Tanggal 3.1.2007 saya sampai di Pulau Langkawi...bermalam di sini selama 4 hari...4.1.2007 saya sampai di teratak Mahsuri...sebelum sampai di teratak tersebut saya sampai ke makamnya...hati kecil saya berasa sangat terharu dan sedih apabila sampai dimakamnya...hadiahkan fatihah buatnya...ramai orang yang berkunjung di situ...dengan kamera yang canggih...dan salah seorang daripadanya bewajahkan peranakan merakamkan gambar...saya tak pasti apa gambar yang diambil...setahu saya ke mana saya pergi gambar kami di rakamkan...selepas selepas kami hadiahkan fatihah segalanya telah selesai...kami pun pergi lah keterataknya....melihat gambar yang dipaparkan pada masa itu...kami duduk di dalam teratak tersebut kerana pada masa itu hujan sangat lebat...kami berbual-bual diteratak dengan salah seorang penduduk tempatan di situ....namanya Pok Weh..apa yang diceritakan ia pernah bermimpi dan melihat jasad puteri mahsuri masih diikat dipokok...dan berlumuran darah...yang peliknya darah itu berwarna putih...kami tekun mendengar ceritanya....pengujung silih berganti menaiki teratak itu...dua orang pengujung yang saya rasa pelik sedikit...dua orang perempuan...kami berhenti berkata-kata bila pengunjung itu menaiki teratak tersebut....abang angkat saya menegur gadis tersebut..."itulah gambar mahsuri" jawab gadis tersebut " Ye ke ni gambar mahsuri" sambil ketawa kecil...apa yang pelik wajahgadis itu saling tak tumpah dengan yang ada digambar tersebut...gadis tersebut terus melihat teratak tersebut seperti sudah biasa dengan keadaannya.."Tak nak tidur kat situ"tegur abang angkat saya semasa gadis tersebut ke tempat peraduan...sambil menjeling manis ia menjawab"Tak nak lah...cukuplah masa dulu-dulu" pelik bin ajaib jawapan yang dibuatnya.Pok Weh merasa pelik mendengar jawapannya..saya dan abang angkat saya tersenyumm melihat gelagat gadis tersebut...sebelum keluar dari teratak itu ia sempat berkata-"terima kasih" kami menjawab serentak sama-sama kasih...itulah rentetan peristiwa yang saya alami....dengan wajah yang ceria dan gembira yang ditunjukkan oleh wajah gadis tersebut...membuatkan hati saya turut merasa gembira...allhamdulillah telah terlepaslah belenggu kehidupannya pada masa lampau...banyak misteri telah terjawab oleh saya...biarlah ia menjadi satu memori kehidupan saya...dimuakbumi allah...wassalammu


5 comments:

  1. Salam bro Halim,

    Siapakah yang telah melepaskan Langkawi daripada sumpah 7 keturunan Mahsyuri itu? Jika Tun Mahathir adakah ianya satu perancangan atau satu kebetulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Tun Mahathir adalah satu kebetulan aje....ha ha ha....alhamdullilah semuanya sumpahan telah terlepas.....orang berdarah putih mir....keturunan siapa mir....

      Delete
  2. Sesuatu kawasan jika ada lagi mereka-mereka yang berdaulat....tidak akan dapat dimajukan...sumpahan mahsyuri...bukanlah satu sumpahan...tetapi doa dari orang yang teraniya...bagi melepaskannya kita perlu berdoa juga...memohon pada yang esa...doa yang mustajab ialah doa yang berkata jadi...jadilah ia...doa yang di ajukan oleh Puteri Mahysuri hanyalah 7 keturunan...selepas 7 keturunan permintaan yang Allah berikan itu sudah tiada lagi...oleh itu tiada lagi yang dikatakan sumpahan itu...maka datanglah ilham-ilham dari orang yang boleh memajukan kawasan tersebut...itu adalah perancangan allah ...yang boleh kita lihat Tun Mahathir yang dapat memajukan kawasan tersebut...akan tetapi roh mereka masih ada lagi dikawasan tersebut..urusan roh adalah urusan allah..tidak boleh dicatatkan di sini...ia bukanlah satu kebetulan...hanya nampak sahaja sebagai satu kebetulan...itulah yang dikatakan allah maha bijaksana...wassalammu

    ReplyDelete
  3. seronok gak baca
    tapi
    kalau ada lebih banyak perenggan
    lagi senang
    naik juling gak membaca dalam satu perenggan ni

    ReplyDelete
  4. terimakasih...ceeek..beruntung lah saya dapat online dengan ceek penulis buku,dan cerpen...saya akan perbaiki tulisan saya seperti yang disarankan...thanks

    ReplyDelete