Monday, December 7, 2009

Lagenda 15 - Sinopsis 1- Seri Gummum dan Seri Pahang

Sudah lama tidak menulis di dalam blog ini...mungkin beberapa peristiwa yang berlaku di sekilling diriku..dan beberapa tugas yang perlu diselesaikan...ada ke lapangan dapat aku coretkan beberapa sinopsis cerita Sang Naga...

Seri Gummum dan Seri Pahang yang mengamalkan ilmu pertapaan ...ilmu yang berasal dari agama hindu....yang dianuti oleh sesetengah masyarakat melayu...sebelum kedatangan Islam. Kalau saya seorang ahli arkeologi sudah tentulah saya akan pergi ke Teluk Cempedak untuk mengkaji ada beberapa tulisan bahasa sanskrit ditulis pada batu-batu di sepanjang pantai teluk Cempedak. Apa yang memeranjatkan saya di antara banyak batu-batu itu ada di tulis kalimah allah dan Muhamad....tertanya-tanya saya di dalam hati kenapa lah ahli sejarah negara kita tidak mengkaji kewujudan sebuah empayar di sini....pada hal ada bukti dari bahasa-bahasa yang ditulis di sini dan masih kekal. Menurut yang empunya cerita di sinilah letaknya kepala Seri Gummum dan kalimah allah dan muhammad itulah pengunci supaya ia tidak wujud di muka bumi yang nyata...kalau ia wujud sudah tentulah ia membawa kebinasaan yang tidak terhingga kepada mukabumi Pahang.Itulah kelebihan orang yang memiliki ilmu allah....ilmu Islam dari zaman nabi Muhamad hingga sekarang....bermakna orang melayu telah mengamalkan ilmu Islam dari dahulu lagi...dan menghapuskan ilmu-ilmu hindu ini. Menurut yang empunya cerita Seri Pahang yang menjadi Pulau Tioman juga pernah di kaji oleh pendatang-pendatang dari Jepun dan juga bangsa Inggeris. Bagi bangsa Inggeris pula ia menganggap orang Melayu adalah merupakan satu bangsa yang mundur atau menganggap orang Melayu pada masa itu bertaraf orang asli ....yang pada masa itu tidak mengetahui apa-apa....pada hal banyak kapal-kapal Inggeris yang telah karam diperairan Pulau Tioman....anggapannya boleh kita lihat dari Wikipedia Chini Lake....

Begitulah anggapan bangsa asing pada kita orang melayu....pada hal mereka sebenarnya takut tentang kewujudan mereka dan mereka menyatakan ia adalah satu mistik atau lagenda sahaja....kerana tidak dapat dibuktikan secara saintifik..


The lake offers tranquil and peaceful surroundings steeped in myths and legends that have remained unexplained to this day. According to an Orang Asli legend, the lake is inhabited by a dragon called the Naga Seri Gumum (sometimes referred to as "Malaysia's Loch Ness Monster"). It is believed to contain an ancient sunken Khmer city at the bottom of the lake.



2 comments:

  1. Semoga kepala Seri Gummum terus terkunci di Teluk Chempedak sepertimana Seri Pahang yang telah menjadi Pulau.
    Orang Melayu memang lah satu bangsa yang besar, tinggi ilmu dan akhlaknya maka sebab itu Melayu itu difitnah dengan pelbagai lebel oleh penjajah sedangkan kehebatan orang Melayu telah dikaji oleh mereka. Kerana momokan bodoh dan tidak bertamaddun itulah yang kekal dalam minda dan persepsi orang Melayu itu sendiri. Begitulah hebatnya sebuah bangsa yang hebat dan gagah perkasa akhirnya hilang jati diri hanya dengan kalahnya pertarungan minda dan akal bukannya kekalahan pertarungan senjata. huhuhu

    ReplyDelete
  2. ada gambar tulisan atas batu di Teluk Cempedah tu? Saya pernah pergi sana, tp terlalu banyak batu. Tak pernah dengar / nampak sesuatu spt itu.
    Saudara ada bukti bergambar?

    ReplyDelete