Friday, October 23, 2009

Lagenda 14 - Sultan Pahang Meminta Jasa Baik Laksamana Hang Tuah

Berita kematian Seri Pahang telah diketahui umum.....selepas mengadakan kenduri doa selamat penuh adat istiadat di raja ....maka Sultan Pahang memanggil pembesar-pembesar negeri....membincangkan hal kedudukan Seri Pahang dan Seri Gummum.Perbincangan itu penting bagi membincangkan Seri Gummum....yang masih bertapa di tasik Cini. Sultan Pahang berasa amat gusar sekiranya Seri Gummum akan keluar....dan ia boleh membawa kemusnahan yang lebih besar lagi....kerana menurut yang empunya cerita...kebesaran Seri Gummum adalah ....seperti ini...bahagian kepalanya adalah terletak di Teluk Cempedak....bahagian badannya pula memanjang sehingga lah ke tasik Cini....manakala bahagian ekornya pula hingga ke negeri asal Pahang iaitu di kota Tellanggi....itulah yang mengusarkan Sultan Pahang.....sekiranya Seri Gummum keluar dari kawasan pertapaannya.

Setelah berbincang dengan pembesar-pembesar negeri ....maka mereka telah mengambil keputusan meminta jasa baik Laksamana Hang Tuah membantunya dalam mengatasi masalah tersebut....ini pada pendapat pembesar-pembesar negeri Laksamana Hang Tuah sahaja yang boleh ...yang mempunyai ilmu allah....pewaris ilmu allah yang dimiliki oleh Iskandar Dzulkarnain. Maka Sultan Pahang memberi utusan kepada Sultan Melaka supaya membenarkan Laksamana Hang Tuah membantu kerajaan negeri Pahang. Apabila utusan sampai ke negeri Melaka maka Sultan Melaka menintahkan kepada Laksamana Hang Tuah untuk pergi ke Pahang membantu kerajaan di sana.

Laksamana Hang Tuah pun menjalankan tugasnya....sebagaimana Yaajuj dan makjuj di tutupi oleh Iskandar Dzulkarnain....begitulah juga yang dilakukkan oleh Laksamana Hang Tuah. Timbullah beberapa daratan seperti pulau-pulau kecil di atas badan Seri Gummum....tidak bergeraklah Seri Gummum di situ....sehinggalah pada masa yang tertentu.Seri Gummum yang masih bertapa di situ meneruskan pertapaannya sehingga lah ia bersisik emas....pertapaannya yang sudah bersisik emas tamat barulah ia boleh keluar....itulah perjanjiannya dengan Laksamana Hang Tuah.Sebagai tanda yang Laksamana Hang Tuah telah menjalankan tugasnya ia telah menyerahkan sekeping kupang besi (salah satu sisik di badan Seri Gummum yang masih bersisik besi)....sebesar dulang sebagai tanda kepada Sultan Pahang....yang Laksamana Hang Tuah telah menjalankan tugasnya. Sehingga sekarang sisik itu masih berada dalam simpanan Sultan Pahang yang ada sekarang.

Bilakah Seri Gummum keluar?kalau diikutkan pertapaannya sudah matang ...iaitu telah bersisik emas.Apa yang saya dapati dari yang empunya cerita....sewaktu banjir besar yang berlaku di negeri Pahang Johor dan Melaka ....waktu itulah Seri Gummum keluar....akan tetapi ia tidak membawa jasad nya. Jasadnya kekal di muka bumi Pahang sehinggalah sekarang. Pada masa gelombang banjir besar yang berlaku....Seri Gummum bergerak dengan hikmatnya....dan banjir yang berlaku yang bermula di Pahang di bawa ke segamat....ke batu pahat dan seterusnya di kota tinggi...semua laluan Seri Gummum akan diliputi oleh air yang melimpah-limpah...sebagaimana Seri Pahang keluar begitulah banjir yang berlaku di ketiga-tiga negeri ini. Pada gelombang kedua banjir yang berlaku di kota tinggi adalah sangat besar. Ini adalah disebabkan pertemuan tiga ekor naga....bertemu dimakam tujuh...antara Seri Pahang ...Seri Gummum dan Seri Daik.Benar atau tidak itulah cerita yang saya dapati dari seseorang yang arif tentang pergerakan mereka. Wallahualam....
Inilah gambar tasik Chini yang indah menawan....siapa sangka di dasarnya tersimpan jasad seekor naga....yang sekarang ini sudah bersisik emas. Siapa sangka di sinilah seorang yang hendakkan ilmu menjadi kuat....sanggup bertapa di sini...bagi mencapai matlamatnya. Di sinilah lagendanya Seri Pahang dan Seri Gummum bertapa menjadi seekor naga....


2 comments:

  1. Itu baru Seri Gummum mengeliatkan badannya sahaja sudah banjir besar di tiga negeri iaitu Pahang, Melaka dan Johor. Kota yang tinggi pun ditenggelami air dua kali apatah lagi kota yang rendah. Bagaimana lah malapetaka jika Seri Gummum ini berdiri dan menyatakan jasadnya yang ghaib itu bro Halim? hehehe

    ReplyDelete
  2. Sekiranya keturunannya ke Tasik Bera.. Dgn Izin Allah Taala
    ada sesuatu keunikkan belaku di tgh2 tasik....

    ReplyDelete