Monday, September 7, 2009

Lagenda 6

Gambar aku bersama dengan abang angkatku semasa berada di Gunung Senyum,Pahang Darul Makmur....bertarikh 24/08/2007.Bukan gambar ini yang hendak aku tuliskan dalam lagenda ini tetapi berkenaan coretan/pengalaman yang aku lalui bersama abang angkatku.

Hari ini 7 september 2009 bersamaan dengan 17 Ramadhan 1430 hijrah adalah hari yang dinanti-nantikan oleh umat Islam iaitu hari yang di namakan nuzul alQuran.Semasa aku pulang ke Johor Bahru pada Jumaat 4 September 2009 sempat aku mendengar radio klasik FM 106.7.Pada waktu itu jam menunjukkan waktu asar akan menjelma...satu kata-kata hikmat seorang uztaz berkumandang diradio ...menceritakan ayat-ayat alQuran yang diturunkan kepada nabi Muhammad satu-persatu...dan kebanyakkan ayat-ayat al Quran di turunkan pada bulan Ramadhan.Apa yang menarik perhatianku ialah ayat-ayat al-Quran memang telah dituliskan di luh mahfuz lagi...dan diturunkan kepada nabi Muhammad secara berperingkat-peringkat...bukan sahaja di bulan ramadhan tetapi sepanjang tahun.Aku berhenti di hentian lebuhraya Kulai untuk mendirikan solat asar...selepas sahaja bersolat aku meneruskan perjalanan pulang ke Johor Bahru...
Sepanjang perjalanan aku pulang teringat pada aku mengenai satu peristiwa pada hari Jumaat di tahun 2006...tarikhnya aku sudah lupa(itulah kelemahan aku tidak mencatatkan di dalam diari pengalaman kehidupanku)....Pada pagi Jumaat selepas solat subuh aku menerima telefon dari abang angkatku, supaya membawanya pergi ke Muar...Johor.Abang angkatku tidak memberitahu tujuan pergi ke Muar,padaku ini adalah satu pekara biasa ....mungkin abang angkatku hendak melihat-lihat kawasan di Muar yang telah lama ia tidak pergi.Kebetulan pada masa itu cuti sekolah...jam 6.30 pagi aku berangkat ke Mersing Johor mengambil abang angkatku.Aku sampai di Mersing jam 9.00 pagi...sesampainya di sana abang angkat aku sudah menunggu...terus kami berangkat menghala ke Muar.Di dalam perjalanan itulah aku diceritakan tujuan sebenar pergi ke Muar...hanya untuk bersembahyang Jumaat di Masjid lama Daerah Muar..."Tak pernah aku sembahyang kat masjid tu halim"katanya....."Ok ..jom kita pergi"jawabku ringkas. Sepanjang perjalananku cuaca redup...menandakan hari hendak hujan...berhenti sebentar di warung kecil daerah kluang...untuk sarapan pagi. Jam 12.00 tengah hari aku sampai ke masjid tersebut ...sedang berkumandang bacaan al Quran dari iman masjid...satu persatu orang ramai datang ke masjid tersebut menaiki kereta-kereta mewah...hati kecil aku berkata"Ramai orang melayu yang dah menjadi kaya di daerah ini..."melihat kereta-kereta mewah yang di bawanya. Kami masuk ke mesjid ....sungguh nyaman bauan harum di dalam mesjid itu mungkin minyak wangi yang di pakai oleh orang-orang yang menunaikan solat jumaat. Selepas solat kami pun turun dari mesjid ...pada masa itu hujan turun renyai-renyai ....kami keluar untuk makan tengah hari.
Semasa makan tengah hari itulah diceritakan pada aku tujuan bersembahyang di mesjid tersebut. Tujuannya ialah untuk menyerahkan al Quran pada yang empunya...ia juga menceritakan seorang hamba allah yang mendapat senaskah al Quran berkulit kijang putih ....bertuliskan tangan...Quran itu diletakkan di atas mimbar mesjid dan tidak dapat di lihat dengan mata kasar kita...pelik pada aku..tiada pun peristiwa serah menyerah itu berlaku...semasa hamba allah itu menerima al Quran itu ia telah diamanahkan mencari tuan yang empunya al quran.Ia memberi tahu jika yang empunya al quran itu tandanya ialah ia akan berundur kebelakang tak sanggup melihat cahaya yang keluar dari naskah tersebut....dari hari ke hari hamba allah mencari tuan empunya ...tidak juga berjumpa...oleh kerana kesusahan hidup yang dialami oleh hamba allah itu datanglah seorang peniaga cina beragama kristian..Richard namanya...membeli quran tersebut...di ceritakan juga quran tersebut hanya diletakkan dirumah nya di Singapura...perniagaannya makin hari semakin maju...sehingga menjadi jutawan...lama kelamaan ia mendapat alamat supaya menyerahkan semula kepada hamba allah itu...hamba allah itu meletakkan al quran tersebut di mimbar...pada masa kami datanglah ia di beritahu menyerahkan al quran itu ke tuan yang empunya...berada di Benut,Johor Hj Ismail namanya...Al quran tidak nampak...memang tidak masuk dek akal pada ..itu menjadikan keinginan ingin tahu aku semakin membara....abang angkat aku hanya tersenyum sahaja selepas menceritakan pada aku...selepas makan tengah hari aku pun menghantar pulang abang angkat di Mersing...aku pulang ke Batu Pahat.
Selang beberapa minggu aku di ajak oleh saudara kepada Hj Ismail berkunjung ke rumahnya...pelik juga ...memang aku pernah pergi ke rumahnya....ia seorang pengamal perubatan tradisional...aku pergi kerumahnya...selepas zohor...inilah peluang aku nak melihat Al Quran tersebut...sesampainya di sana...ia bertanyakan khabar berita anak saudaranya...dan menceritakan hal-hal keluarganya...bila ia melihat keadaan aku ...sambil tersenyum ia berkata "Nak tengok Al Quran lama tak?"soalan diajukan kepada aku..."Ehhh nak lah tok" jawabku.."Pergi ambil air sembahyang...." ujarnya. Bergegas aku mengambil air sembahyang...aku masuk semula dan dia telah memegang al quran itu ...sebelum ia menyerahkan kepada aku...untuk di baca..."Al Quran ini berusia 7000 tahun semasa hamba allah menyerahkan pada atuk..tulisannya dengan tangan...di atas kulit kijang putih...ada tiga naskah yang sama ...satu di masjid demak, Indonesia....satu di Yaman...semasa menyerahkan pada atok...hamba allah merasa was-was betulkah tuan empunya al quran ini...melihat tanda semasa penyerahan...ia yakin penuh inilah tuannya..berjumpa juga akhirnya...sambil tersenyum " Terpelanting ia ke belakang ..terperanjat agaknya" cerita Hj Ismail.Sama apa yang diceritakan oleh abang angkatku.
Aku membuka al Quran tersebut...membaca...Al Fatihah...sama seperti al Quran biasa...tetapi aminnya hendaklah di baca sebanyak tujuh kali....ia ditulis bermula dengan bismillah hir rahman nir rahim....tidak ada surah seperti al quran biasa....diakhiri dengan al fatihah....selepas surah al ikhlas....aminnya di baca sebanyak 11 kali...terfana aku melihat nya ....berusia 7000 tahun di tolak dengan 1427 hijrah....ini bermakna 5573 tahun sebelum kedatangan Islam...tidak berani aku bertanya lebih lanjut...terasa bukan taraf aku nak bertanya...terasa diri ini kerdil...dapat melihat al quran itu pun aku sudah bersyukur...beberapa orang telah melihat al quran tersebut sebelum kedatangan aku...tak tahu siapa...orang tua hanya tersenyum sahaja selepas aku membaca al quran tersebut...sampai sekarang aku masih tertanya-tanya beberapa soalan dibenak fikiran aku..biarlah ia menjadi memori dan pengalaman hidup aku.

Kesimpulannya...benarkah usia al Quran itu berusia 7000 tahun...hanya allah yang mengetahui...tak terjangkau dek akal fikiran aku...tapi itu tidak mustahil bagi allah..tak terfikir pada masa itu untuk aku mengambil gambar...mungkin pada masa itu aku tidak mempunyai peralatan canggih seperti sekarang ni...satu hari mungkin aku akan datang untuk mengambil gambar al quran itu...bagi tatapan kita semua....wassalamu




11 comments:

  1. Salam saudaraku Halim,

    Sememangnya kawan tidak mengetahui rahsia Quran kecil yang ada pada Hj Ismail di Benut itu. Quran itu pun kawan pernah pegang tetapi bukan sesuatu yang istimewa pada kawan kerana pernah melihat beberapa Quran kecil sebelum ini. Hari ini barulah kawan tahu bahawa Quran itu sudah berusia 7000 tahun iaitu 5573 tahun sebelum kedatangan Islam. Inilah rahsia Allah yang perlu diselongkar oleh mereka yang berminat.

    Berkenaan dengan gambar saudara dengan abang Jais tu, kawan cuma nak bagi tau, control-kontrol la sikit perut tu......hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he....ok apa perut tu....mengamalkan cara hidup sihat.....kah kah kah

      Delete
  2. assalammualaikum

    mmm, kena tanya alim ulama ni...setakat kita nak mengungkai ceritanya memanglah tak patut

    ReplyDelete
  3. Salam saudaraku amir
    Quran itu bukan kecil...besar lebih kurang setengah meja pelajar...kawan rasa awak memang tak pernah tengok kot...hanya orang -orang terpilih aje kot dapat tengok...he he he...tapi insallah kawan boleh bawakkan awak untuk melihat Quran tu....
    Salam abu muaz..
    salam perkenalan juga

    Salam a kl citizen...
    Setakat mengetahui al quran itu berusia 7000 tahun ...tak perlu tanya ...tanya orang yang menerima al quran itu...bukan calang-calang kot ilmu agamanya...

    ReplyDelete
  4. best juga cerita orang berpengalaman ni..join

    ReplyDelete
  5. ye bole cek kelambuharimau, hehhe
    byk lagi lagenda aku tak smpt nk tulis

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum cik Halim...
    nak tanya sikit..
    Mana lani Al-quran tu dan siapa yg last pinjam dan tak pulangkan?
    Saya ni sebenarnye cucu kepada Arwah Hj Ismail Bin Hj Nawawi...
    Nak amik balik quran tu bawak gi kampung saya kat Benut.
    Pak Cik saya kata kalau tak silap yg orang last pinjam bergelar Amat Tempey (Kluang)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama saya Hakim Jasmi.. tinggal kat batu pahat

      Delete
    2. Arwah telah pergi menghadap ilahi....setelah tugasnya selesai di alam nyata ni...pemergiannya tiada titik noktahnya saudaraku...ia tetap ada...setahu saya Quran itu bukan sebarangan orang yang boleh memegangnya....kalau tak silap saya ia sekarang sudah berada di istana Sultan Johor....

      Delete
    3. Berjumpalah bekas mufti Johor Noor gadut

      Delete