Wednesday, September 30, 2009

Lagenda 9

Seri Kemboja....

Seri kemboja adalah salah seorang saudara yang lima yang mengamalkan ilmu pertapaan menjadi seekor naga....pertapaannya sudah mencapai tahap bersisik gangsa.Pertapaannya di satu kawasan laut sebelah tenggara disatu lubuk yang dalam di Telok Kemboja( kalau sekarang ia berhampiran dengan negeri kelantan). Oleh kerana pertapaan nya sudah mencapai sisik gangsa...ia telah dihasut oleh sri siam untuk keluar menganggu saudaranya yang sedang bertapa di tasik cini iaitu Seri Gummum dan Sri Pahang...ini adalah kerana sri siam tidak mahu saudaranya Sri Gummum dan Sri Pahang tamat dari pertapaannya.

Setelah mencapai tahap bersisik gangsa maka keluarlah Seri Kemboja dan membuat huru hara di kawasan laut sebelah timur (Laut Cina Selatan).Laut kawasan timur selalu bergelora secara tiba-tiba. Ini menyebabkan kesusahan kepada nelayan-nelayan dari tanah-tanah besar atau pulau-pulau ditengah lautan itu. Perahu-perahu mereka sering ditenggelamkan oleh ombak yang besar dek kerana Seri Kemboja yang selalu berjalan ke sana ke mari. Tindakannya keluar dari pertapaannya itu telah menyekat rezeki penduduk di tanah besar serta penduduk-penduduk pulau-pulau ditengah lautan....ikan-ikan dilautan amat takut untuk bermain di laut timur itu.

Mendengar huru hara yang dilakukan oleh Seri Kemboja...Seri Gummum dan Seri Pahang merasa amat marah...maka segala pengawal-pengawal yang terdiri dari buaya-buaya putih...diperintahkan untuk menentang Seri Kemboja...hikmat seri kemboja yang bersisik gangsa dan mempunyai kesaktian tidak terlawan oleh pengawal-pengawal Seri Gummum dan Seri Pahang.Ramai pengawal-pengawal yang tercedera semasa bertarung dengan Seri Kemboja. Ketua pengawal yang terdiri daripada buaya putih yang sebesar pulau pun telah tewas di tangan Seri Kemboja...Buaya putih itu kembali ketempat asal pertapaannya di dalam keadaan cedera parah...dan tidak sempat untuk kembali kerana kehabisan tenaga akibat kecederaan yang dialaminya.Setelah menewaskan semua pengawal-pengawalnya kembalilah Seri Kemboja ketempat pertapaannya...itu memang telah menjadi sikapnya yang suka membuat huru-hara....dan kemudiannya kembali semula ketempat asalnya.

Berita tewasnya pengawal-pengawal Seri Gummum dan Seri Pahang telah sampai kepengetahuannya.Maka berbincanglah kedua-duanya untuk menentang Seri Kemboja. Hasil perbincangan hanya Seri Pahang sahaja yang layak menentang Seri Kemboja...Seri Gummun baru besisik besi ( digelar sebagai si kupang besi ) manakala Seri Pahang sudah bersisik perak...dan mempunyai hikmat kesaktian lebih tinggi daripada Seri Kemboja....musuhnya.

2 comments:

  1. Hehehe.....sikap dengki mendengki ini bukan saja ada di alam nyata tetapi di alam mistik juga tidak terkecuali.

    Di alam maya ini, apa tah lagi. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.hehehe....

    ReplyDelete
  2. Salam Ceek Amir...sebenarnya Sri Siam takut negeri-negeri melayu mempunyai orang kuat seperti Sri Gummum Dan Sri Pahang...dia tak akan dapat ufti dari Raja-raja melayu...pada masa itu Raja Siam yang beragama buddha sudah menanggap Sri Siam tuhannya...sebab itu kalau kita tengok tokong2 kat sini mesti ada naga...yang sedang berentap merebut mutiara....he he he

    ReplyDelete