Monday, September 14, 2009

Lagenda 7


Lata Kijang adalah satu kawasan pergunungan yang mempunyai air terjun yang terpanjang di Malaysia..melihat akan keindahan alam semulajadi di sini siapa sangka di sini tersimpan banyak lagenda...di negeri Perak...salah satunya lagenda yang saya akan tuliskan di bawah ini...
Asal usul pokok bayam
Kisah bermula di satu tempat iaitu di sebuah pergunungan di negeri Perak....Lata Kijang namanya. Sang Kelebai adalah nama yang tidak asing bagi cerita-cerita mitos..sedang mengabadikan dirinya di dalam pertapaan di kawasan ini.Cerita bermula pada suatu hari terjadilah peperangan di kawasan ini.Peperangan yang dahsyat menggunakan kuasa-kuasa sakti antara panglima-panglima perang sehinggalah pokok-pokok rebah ke bumi...batu-batu berterbangan ke sana-sini...angin bertiup dengan kencang..ombak laut bergelora tidak tentu arah...maka pada masa itu anaknya sedang bermain-main di kawasan ini.Takdir telah menentukan ...anaknya telah di hempap oleh sebatang pokok yang besar seperti batang balak....matilah anaknya selepas di hempap oleh pokok itu.Mendengar berita tentang kematian anaknya...keluarlah sang kelebai dari pertapaannya...terasa sedih dan gundah hati sang kelebai melihat kematian anaknya....dengan perasaan sedih dan marahkan mereka yang melakukan angkara...keluarlah sang kelebai mencari punca anaknya di hempap pokok...dengan kudrat kuasa saktinya bersumpahlah sang kelebai " Aku sumpah kau pokok menjadi kecil dan boleh di makan oleh manusia...bagi engkau yang punya angkara jadilah engkau batu-batu yang tidak boleh bergerak lagi"
Mengikut sumpahannya pokok yang dimaksudkan oleh Sang Kelebai adalah Pokok Bayam...yang sekarang ini dijadikan sayur-sayuran oleh kita.Engkau yang punya angkara adalah tentera bergajah yang menjadi batu...masih ada lagi disekitar kawasan batu gajah....batu-batu gajah yang mempunyai nilai yang tinggi...terdiri daripada batu kapor untuk dijadikan jubin dan marmar di rumah-rumah.
Siapa dia Sang Kelebai?Sang Kelebai adalah salah seorang Puteri yang tertua daripada tujuh Puteri Kayangan.Nama puteri itu ialah Puteri Mayang Murai....yang mempunyai kuasa sakti yang amat tinggi darjatnya ...di sisi allah...cerita ini saya dapati selepas saya pergi ke Lata Kijang Perak...Darul Ridzuan...Di bawah ini saya coretkan peristiwa semasa saya berada di sana...

Tanggal 23-08-2008 kami sampai ke Lata kijang...setelah kepulangan kami dari Langkawi...udara segar dan terdengar deruan air terjun yang nyaman dan damai sekali rasanya....gambar menunjukkan abang angkatku sedang menyusuri tangga menuju ke air terjun yang tertinggi sekali di sini....



Inilah bahagian yang diceritakan anak kepada Sang Kelebai yang dihempap oleh pokok bayam ....kesan merah itu masih ada sampai sekarang yang dikatakan percikan darah dari kepalanya .Siapapun akan merasa sedih melihat keadaan ini.....walaubagaimanapun saya dapat mengambil serpihan batu daripada sini...untuk dijadikan beberapa penawar penyakit....apa yang diceritakan kepada saya ia boleh meneturalkan deman panas apabila batu itu direndamkan ke dalam air dan disapukan ke pesakit .....wallahualam ....belum pernah saya mencubanya....


Abang angkatku dan saudaraku Laden menunjukkan saiz pokok bayam di sumpah oleh Sang Kelebai...


Inilah saiz pokok bayam ....bahagian yang mempunyai tanda lurus ke bawah adalah bahagian di tengah-tengah batang pokok...siapa sangka tanda ini adalah sebatang pokok bayam...kalau dulu hendak ke kita makan pokok bayam ni....adalah juga kebaikan daripada sumpahan ini...di mana sayur bayam mempunyai zat yang tinggi ...boleh memperbanyakkan sel darah merah kita....


Ini adalah tanda seperti makam ....di kendalikan oleh seorang berbangsa cina yang mendapat rezeki yang banyak....telah mengambil alternatip membangunkan kawasan ini....

Ini gambar aku bersama anak kepada abang angkatku....aju....memerhatikan besarnya pokok bayam sebelum di sumpah oleh Sang Kelebai....ini sesudah kami puas mandi manda di sini....nyaman dan damai....sebelum kami berangkat pulang ke Johor....Tak tahulah saya samaada orang di Perak tahu akan lagenda di sini....wallahualam....di sini juga pengambaran filem Puteri Gunung Ledang di adakan ....apa yang saya dapati dari cerita saudaraku Laden yang memang tinggal di sini...banyak pekara mistik berlaku sepanjang pengambaran filem ini...


Wahh....susah juga nak upload gambar ini....7 kali mencuba selepas membaca selawat baru boleh....gambar kami nak berangkat pulang....siapa pulak Pak Arab dan isterinya yang memakai purdah tu....pelik kerana menurut Laden mana pernah Pak Arab datang ke sini....selamba sahaja air muka abang angkatku dan Laden....aku tertawa kecil....sambil berkata dalam hatiku....Pak Arab ini macam pernah aku jumpa semasa aku makan mertabak singapore di Muar....macamana dia boleh berada di sini....apa agaknya yang dilihat oleh Pak Arab ni....yang mahal tu pakai purdah, tak tunjuk langsung muka dia pada kami....selepas sahaja sesi bergambar kami pun berangkat pulang meninggalkan kawasan ini yang penuh mistri...selamat tinggal Lata Kijang....ada umur dan rezeki...berjumpa lagi kita...

5 comments:

  1. Salam bro Halim,

    1. Kesian pokok bayam. Kena sumpah rupaya. Nasib baik kena sumpah kalau tak, sampai sekarang tak makan bayam. huhuhu
    2. Sang Kelembai tu pempuan rupanya. Sapa lakinya pulak. Patutnya sang Kelembai lelaki yang mengamuk. Tak manis sang Kelembai pempuan mengamuk, tak semanis namanya Puteri Mayang Mengurai
    3. Tak tau pulak Bt Gajah pun asalnya seekor gajah yang disumpah. Batu Gajah adalah laluan utama kawan 10 tahun dulu. Sultan Azlan Shah pun diputerakan di Batu Gajah.
    4. Perak Darul Ridzuan bukannya Darul Khusus. Darul Khusus adalah untuk Negeri Sembilan. Nasib bro tak tulis Darul Khinzir hehehehe.
    Terima kasih bro.

    ReplyDelete
  2. Salam bro amir
    1. Biasalah bro ...cerita yang dikatakan mitosss...tapi bayam banyak khasiatnya...menurut ahli sains ...boleh menambahkan sel darah merah kita..he he he
    2. Kawan pun dulu ingatkan lelaki...Sang Kelebai ni...suaminya pulak kawan belum sempat bertanya..he he he...manis tak manis la bro..kawasan kita juga terkenal dengan nama ini...Puteri Mayang Murai...bukan mengurai he he he..
    3. Sepanjang 10 tahun bro lalu kat situ...tak perasan ke susunan gajah-gajah tu...kan seolah-olah tentera bergajah...memang la kalau diikutkan cerita kawasan tu ada sebuah negeri..tak boleh kawan ceritakan sebab biarlah orang perak sendiri ceritakan...he he he..baguslah kalau Sultan Azlan Shah diputerakan di sini...kawasan beraja dan berdaulat...
    4. Masa menulis perkataan ni kawan teringatkan amelia kot...he he he ...itu yang tersalah tulis

    ReplyDelete
  3. salam en halim,
    saya pun selama ini mati2 ingat Sang Kelebai tu lelaki, tp perempuan rupanyaaaa... mcm tak berapa sesuai pulak nama tu dgn jantinanya..huhu..

    ReplyDelete
  4. Salam,
    saya pun sebenarnya dah tahu tentang sumpahan gajah jadi batu tu...tapi tak tahu pulak yang Bayam kena sumpah jugak.

    ReplyDelete