Wednesday, September 30, 2009

Lagenda 10......Seri Pahang Menuju Ke Kuala...

Peristiwa kekalahan pengawal-pengawalnya telah menaikkan kemarahan Seri Pahang dan Seri Gummum...maka keluarlah Seri Pahang dari pertapaannya untuk menentang Sri Kemboja...

Peristiwa keluarnya Seri Pahang Menuju ke kuala saya petik dari buku tulisan Arippin Said bertajuk "Juara Yang Tewas" terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka...dicetak oleh Yayasan Islam Terengganu...di bawah ini saya coretkan tulisannya...

Musim pejur datang lagi....Hujan sentiasa turun dengan lebatnya.Dari pagi sampai petang. Kadang-kadang bersambung malam hujan masih belum berhenti. Cuaca menjadi lembab.Sesekali angin bertiup kencang.Bagai mahu mencabutkan pohon-pohon kelapa dara.Rumah-rumah bertiang bulat bergoyang-goyang dibuatnya.Memang ada tanda-tanda banjir akan berlaku dengan besar tahun ini.Pokok kekabu di kampong-kampong meranting.Sehelai pun tidak berdaun. Kata orang tua-tua kalau kekabu sudah tidak berbunga dan berbuah alamat banjir tidak akan datang lagi...Ini tidak jangankan hendak berbunga atau berbuah...berdaun pun tidak.

Air sungai Pahang (sekarang ini dinamakan Sungai Pekan) makin keruh mengalir deras.Kadang-kadang membawa kapar, kayu yang tumbang,batang buruk dan dan lain-lainnya.Memang banar bagai dijangkakan ....banjir kali ini pasti besar...Hujan tidak berhenti-henti selama tujuh hari tujuh malam.Lebatnya tidak terkira.Matahari tidak kelihatan langsung.Angin bertiup dengan kuat.Pokok-pokok yang akar tunjangnya tidak kuat sudah lama menyembah bumi.Di tambah pula dengan tanah yang sudah lembut kerana disiram air hujan yang turun itu.

Hujan yang turun tidak mahu berhenti.Tujuh hari sudah disambung lapan.Hari kesembilan tasik cini bagaikan lautan.Menjelang tengah malam hari kesembilan tasik cini bergelombang....ombak-ombak bergulung-gulung setinggi bukit.Kawasan tasik menjadi semakin lebar.Pada masa inilah Seri Pahang bangun dengan kehebatannya.Bangun dengan segala kesaktiannya.Bangun yang tiada siapa boleh melihatnya dan tiada siapa yang tahu.Bergelombanglah air tasik cini apabila Seri Pahang bangun.Bersama banjir yang melanda itu ditengah malam sepi Seri Pahang mula bergerak....meninggalkan tasik cini ...dan saudaranya Seri Gummum...melalui Sungai Cini menghala Sungai Pahang.Di atas belakang Seri Pahang tersangkut segala pokok yang tumbang...segala lumut dan tanah lumpur bercampur menjadi sebuah pulau besar yang sedang hanyut menuju ke kuala sungai Pahang.

Dari tengah malam ;dari tasik Cini; Seri Pahang menghilir perlahan.Kalau terlalu laju dan deras perjalanannya tentulah banyak menenggelamkan lagi segala daratan yang masih belum tenggelam.Perjalanan menghilir itu berakhir di satu tempat yang sudah hampir dengan kuala Pahang.Dinihari sudah mula melihatkan tirainya.Tidak lama lagi siang akan menjelma .Seri Pahang yang sedang menghilir merasakan dasarnya semakin cetek....mahu tidak mahu Seri Pahang memejamkan dua biji matanya yang merah menyala itu.Sekejab kemudian ia merasakan dirinya sudah tersadai di pasir Kuala Pahang.Seri Pahang memejamkan matanya...untuk seketika dia mengingatkan segala asal-usulnya.Untuk seketika dia mengingatkan kewajipan keluar dari Tasik Cini itu.Untuk seketika juga dia menggunakan segala kesaktian segala keajaiban semasa bertapa dahulu itu.Segala kesaktian segala keajaiban terkumpul dalam ingatan kini.Dia masih memejamkan matanya.

Tidak lama kemudian segala sampah sarap,segala lumut dan lumpur, segala pokok-pokok yang menumpang di atas belakang Seri Pahang mula luruh satu-satu.Tubuh Seri Pahang mula menjadi kecil.Makin lama makin kecil.Makin lama makin kecil.Akhirnya di atas pasir di Kuala Pahang itu menjelma seorang tua.Janggutnya sudah putih.Misainya juga putih.Rambutnya apatah lagi.Semuanya sudah putihTubuhnya bongkok dua.Dia memegang sebatang tongkat.Dia memandang ke sana ke sini.Tiada siapa yang melihatnya.Dihadapannya inilah laut yang bergelora.Kemanakah dia hendak pergi.Dia mengira-gira dalam hatinya dia akan ke tepi laut di gigi air dan kemudian bertukar rupa...tidak boleh...kalau dia berbuat demikian tentu banyak perahu akan karam...ombak akan bergulung sebesar bukit.Air akan menenggelamkan pantai dan pasir itu juga.Tentu banyak yang ditimpa susah...ia membatalkan niatnya.....ia menuju kearah tanah daratan dari pasir di kuala itu...."

Begitulah hebatnya seekor naga yang hendak membalas dendam ....terhadap musuhnya Seri Kemboja....Pergerakannya menuju ke Kuala Sungai Pahang yang kini dikenali sebagai Sungai Pekan.Besar saiz sungai pekan yang ada pada masa sekarang begitulah besarnya saiz Seri Pahang....di kuala Sungai Pahang/pekan pada masa sekarang adalah kecil....di sinilah Seri Pahang menjadi manusia seperti biasa...menunggu masa yang sesuai untuk ke laut lepas menjelma semula menjadi naga....bagi mencapai tujuan ia keluar dari pertapaannya.....

5 comments:

  1. salam kunjung wahai empunye blog menarik sungguh segala cerita dalam blog ini. cadangan pergi ke satu lagi tempat di pahang iaitu tasek bera...banyak cerita2x lagenda..seperti asal tasek bera,buaya sri tasek,naga bera,asal toman ,moyang pak abu,irunuk..dll

    ReplyDelete
  2. salam bro Halim,

    Ariffin Said pun ada tulis cerita yang berkaitan bro. Ok bagus tu. Beliau juga ialah penyanyi lagu-lagu rakyat.

    ReplyDelete
  3. Salam Mr Weiz..baguslah ada juga anak jati tasek bera...yang meminati lagenda di negeri Pahang...setahu kawan naga bera tak ada...buaya sri bera tu dan yang lain-lain tu memang ada...dan ia merupakan pengawal-pengawal dan panglima-panglima Seri Gummum dan Seri Pahang...handal-handal semua tu...he he he..tapi tewas juga ditangan Sri kemboja..

    ReplyDelete
  4. Salam Bro...Ariffin Said mengarang tidak secara langsung...dia menceritakan tentang masyarakat setempat...semasa berlakunya kejadian itu...banyak juga buku dia...tulisannya juga menarik...dan banyak lagu-lagunya berkaitan dengan mistik...

    ReplyDelete
  5. Juara yg tewas ni sy baca sejak umur sy 11 tahun pd thn 1989..... novel yg paling best

    ReplyDelete